Bagi yang tinggal di kampung atau punya tanah terbiar yang tidak diusahakan mungkin oleh mempertimbang untuk mengusahakan penanaman serai. Seekar pun boleh, potensinya cukup besar malah kalau betul caranya boleh mendatang pulangan lumayan.
Perkara ini dikongsi oleh Coach Bahar usahawan Agro Farm yang juga banyak mengendalikan kursus penanaman. Beliau turut menurunkan matematik penanaman serai yang boleh dijadikan panduan bagi yang berminat.
Kalau ikut matematik ini, bagi penanaman serai keluasan seeker dalam tempoh enam bulan boleh memperoleh sekitar RM63 ribu (mengikut harga semasa serai).
Matematik tanam serai
Jika anda tinggal di kampung anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan peluang yang ada. Asalnya rajin.
Ads
Serai ditanam 6 bulan, termasuk menanam hingga menuai. Walaupun serai macam tanaman yang tak perlu dijaga, serai perlu dibaja untuk pastikan pokoknya gemuk.
Seekar – 43500 kaki persegi.
Serai ditanam 2 kaki x 3 kaki
Dapat 7500 rumpun.
Enam bulan serai dijaga dapat 2 kg serumpun paling ringan.
2kg x 7000 rumpun. Anda boleh mendapat sekitar 14 tan seekar.
1 kg tolak pemborong harganya RM4.5. Tengok tempat macam mana tapi sekarang paling murah pun RM3.5. Jangan keluar sekali gus. Buat plot dan keluar hasil seminggu sekali. 1 tan dijual harganya RM4500. Kiralah sendiri dapat berapa (14 tan x RM4500=RM63k)
Risiko tanam serai
Ada risiko kalau serai kena banjir, itu sebab kena buat parit betul-betul. Ada juga masalah ulat tebuk menyebabkan serai tak ada isi. Itu perlukan racun. Serai perlu dibaja sebulan sekali dari kecil sampai besar boleh dijual.
Ads
Tinggal di kampung, ada usaha boleh tanam serai jadi sumber pendapatan. Anda juga perlu berkawan dengan pemborong untuk mereka ambil hasil tanaman. Kalau setakat tanam seekar dua pasaran tempatan pun tak cukup.
Ads
Saya tahu, ada yang akan kecam idea saya. Memang ada yang akan cakap itu hanya idea dalam kertas sahaja. Jujur saya cakap, saya buatkan rumah arwah mak dengan harga 500K di kampung 15 tahun dulu dengan sebahagiannya duit serai.
Terpulang masing-masing. Ini cerita projek kecil di kampung sahaja. Ada yang masih memandang rendah dengan potensi pertanian. Pertanian ini nak kena belajar. Sebab itu berbeza pendekatan petani kaya dengan petani miskin.
Peminat cheese mesti suka kek ini. Rasa lemak, manis dan masam-masam sikit memang heaven makan waktu sejuk.
Ingatkan susah buat cheese cake ini rupanya senang saja. Cuma guna 3 bahan, sesuai sangat untuk beginner yang baru nak cuba! Boleh ikut perkongsian dari Sharifah Dora Perais.
Bahan-bahan:
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila – tak letak pun tak mengapa
Cara membuat:
1. Pukul cream cheese dan susu pekat sampi berkrim dan tidak berketul.
2. Asing kan putih telur dengan kuning telur.
3. Kuning telur dicampur dengan cream cheese yang sudah dipukul tadi
4. Pukul putih telur sampai jadi meringue (bertanduk)
5. Campurkan cream cheese dan meringue kemudian gaul sampai sebati
6. Panaskan oven 160c dan bakar selama 1 jam 30 minit (ikut pada kesesuaian oven masing-masing).
Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur.
Kalau masih ada walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain. Gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.
Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.
Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif
Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Langkah makeover
1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.
2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.
3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.
4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.
5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.
Asam pedas antara lauk yang jadi kegemaran ramai tapi ramai juga yang masih belum tahu cara memasaknya. Ada juga yang dah cuba tapi tak menjadi.
Jadi kalau korang antara yang baru nak belajar memasak asam pedas boleh ikut resipi perkongsian Lin Zalika ini.
Cara buat asam pedas tapi stail Johor. Caranya memang simple, hanya guna bahan asas, tak banyak rencah tapi sedap cukup rasa.
Asam pedas biasa tapi terasa, tak guna banyak rencah
Ada yang nak belajar buat asam pedas.
Tak menggunakan daun kesum dan serai
Asam pedas biasa tapi terasa. Tak banyak guna rencah.
Kita belajar buat mulakan dengan bahan asas dulu
Bahan-bahan
5cm halia
2cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4,5 ulas bawang merah
*Kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering
5-6 ekor ikan
2 keping asam keping atau asam jawa
1 cawan minyak masak
700ml air
Penggunaan halba bergantung jenis ikan seperti kalau guna ikan mayong, duri, pari, patin, sembilang
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masuk lada kering, tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.
3. Masukkan air dan garam, lebih kurang 2 sudu kecil serta bahan perasa.
4. Tunggu kuah mendidih, barulah masuk ikan dan asam. Biar 3 minit kemudian tutup api. Siap.
TIP
Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama.
Resipi ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak.
Kalau masak asam pedas johor, sekiranya dah guna daum kesum tak perlu tambah bungga kantan nanti bau jadi bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas Johor.
Penggunaan daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan ikut cita rasa masing-masing atau ikut padaikan daging ayam dan telur ikan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...