Bagi yang tinggal di kampung atau punya tanah terbiar yang tidak diusahakan mungkin oleh mempertimbang untuk mengusahakan penanaman serai. Seekar pun boleh, potensinya cukup besar malah kalau betul caranya boleh mendatang pulangan lumayan.
Perkara ini dikongsi oleh Coach Bahar usahawan Agro Farm yang juga banyak mengendalikan kursus penanaman. Beliau turut menurunkan matematik penanaman serai yang boleh dijadikan panduan bagi yang berminat.
Kalau ikut matematik ini, bagi penanaman serai keluasan seeker dalam tempoh enam bulan boleh memperoleh sekitar RM63 ribu (mengikut harga semasa serai).
Jika anda tinggal di kampung anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan peluang yang ada. Asalnya rajin.
Ada risiko kalau serai kena banjir, itu sebab kena buat parit betul-betul. Ada juga masalah ulat tebuk menyebabkan serai tak ada isi. Itu perlukan racun. Serai perlu dibaja sebulan sekali dari kecil sampai besar boleh dijual.
Tinggal di kampung, ada usaha boleh tanam serai jadi sumber pendapatan. Anda juga perlu berkawan dengan pemborong untuk mereka ambil hasil tanaman. Kalau setakat tanam seekar dua pasaran tempatan pun tak cukup.
Saya tahu, ada yang akan kecam idea saya. Memang ada yang akan cakap itu hanya idea dalam kertas sahaja. Jujur saya cakap, saya buatkan rumah arwah mak dengan harga 500K di kampung 15 tahun dulu dengan sebahagiannya duit serai.
Terpulang masing-masing. Ini cerita projek kecil di kampung sahaja. Ada yang masih memandang rendah dengan potensi pertanian. Pertanian ini nak kena belajar. Sebab itu berbeza pendekatan petani kaya dengan petani miskin.
Sumber: Coach Bahar
Sertai Malaysia #QuranHour 2024, 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya