Kewangan

Mekanik Tukar Alat Ganti Suka Hati Hingga Kena Bayar Lebih- Peguam Kongsi Cara Ambil Tindakan

Share

Mekanik tukar alat ganti sesuka hati tanpa izin dan akhirnya kita kena bayar lebih. Sepatutnya RM500, tiba tiba datang bil kena bayar RM1000.

Atau mungkin ada bahagian yang rosak sikit saja, tapi bengkel caj macam nak tukar enjin baru?

Situasi ini tak dinafikan memang berlaku, tambah-tambah pula di musim perayaan macam sekarang bila mana ramai yang ke bengkel servis dan baiki kereta sebelum pulang ke kampung.

Jangan diam kalau mekanik tukar alat ganti tanpa izin

Jika terkena di batang hidung sendiri, jangan diam diri! Menurut peguam Gandhi Panala,

pengguna sebenarnya boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga RM50,000! Ya, sebanyak itu hak anda dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Mekanik tak boleh sewenang-wenangnya caj atau baiki kenderaan tanpa kebenaran pemilik. Jika ditipu, pengguna boleh tuntut pampasan dan tindakan pembetulan,” jelas Gandhi menerusi satu video di TikTok.

Ini cara failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Jadi, kalau kena tipu dengan bengkel, apa yang boleh kita buat? Ini langkah mudah untuk failkan tuntutan di TTPM:

  • Failkan kes secara online di laman web rasmi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
  • Sediakan bukti kukuh – laporan polis, resit bayaran, gambar atau video sebagai sokongan.
  • Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan.
  • Tak perlu peguam! Anda boleh wakili diri sendiri dalam tuntutan ini.

Jangan biarkan mekanik yang tak jujur ambil kesempatan! Hak kita sebagai pengguna ada, cuma kita kena tahu cara nak pertahankan. Dah terkena? Jangan tunggu lama, terus ambil tindakan!

@lawyergandhi Replying to @randa manis 🚗 Mekanik Tipu? Tuntut Hak Anda di Tribunal! Pernah kena caj melampau atau mekanik buat repair tanpa izin? Anda boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan tuntut sehingga RM50,000 🔹 Hak Anda di Bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: ✅ Mekanik tak boleh caj atau buat repair tanpa persetujuan anda! ✅ Jika ditipu, anda boleh tuntut pampasan atau tindakan pembetulan! 📌 Cara Buat Tuntutan di TTPM: 1️⃣ Kumpul bukti – resit, gambar, WhatsApp dengan mekanik 2️⃣ Fail tuntutan online di 👉 ttpm.kpdn.gov.my 3️⃣ Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan ⚠️ Tidak perlu peguam! 📢 Pernah kena? Komen pengalaman anda. Share supaya lebih ramai tahu hak mereka #HakPengguna
#TribunalTuntutan #MekanikTipu #JanganKenaTipu #30hari30undang2 #lawyergandhi #ttpm ♬ like JENNIE – JENNIE

Baca artikel: 15 Perkara Asas Tentang Servis Kereta Kena Tahu Supaya Kita Tak Tertipu

 

Published by
VK