Ads
Home Travel Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Ads
Sejak kebelakangan ini Jepun menjadi destinasi percutian popular kalangan rakyat Malaysia. Jika anda sudah menempah tiket dan bakal ke sana pada bulan Mei tahun depan lokasi ini boleh dimasukkan dalam agenda ketika di negara matahari terbit itu nanti.

Buat anda yang meminati bunga, tentunya akan terkesima malah mungkin menangis tatkala datang ke Kawauchi Wisteria Garden di daerah Kitakyushu, Fukuoka Jepun.

Keindahan bunga di sini ibarat berada di alam fantasi. Mungkin tidak sepopular bunga sakura tapi bunga wisteria ini punya tarikan tersendiri.

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Ads

Anda akan dapat melihatnya lebih jelas bila melalui Terowong Bunga Wisteria sepanjang 220 meter di taman ini.

Membentuk seakan kanopi, bunga wisteria dengan warna yang sangat indah, lebat dan berjuntai memberi satu pemandangan yang cukup mengasyikkan buat pengunjung.

Selain terowong bunga, taman ini juga dipenuhi dengan pokok wisteria yang besar rendang dengan bunga berwarna ungu, pink dan putih menutupi cahaya matahari hingga memberi biasan yang sangat menarik.

Ads

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Waktu terbaik untuk ke sini adalah antara penghujung April dan pertengahan bulan Mei, Taman Kawauchi ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang untuk pengunjung menikmati keindahan taman sejuk yang dipenuhi bunga pada musimnya.

Ads

Anda yang datang bukan pada waktu ini kemungkinan akan kecewa kerana yang ada hanya dahan-dahan pokok yang menjalar.

Bagi anda yang mahu ke sini, berikut adalah panduannya.

Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI