Menu Diet Untuk 10 Hari Ramadan Bagi Yang Nak Turunkan 5KG-10KG Dalam Tempoh Sebulan

Share

 

Menu diet yang dikongsi oleh Syamimi N Khalil ini adalah apa yang dipraktikkan oleh ibu anak empat ini.

Bulan pertama mencubanya dia sudah berjaya menurunkan 10 kg.  Sekarang Syamimi sudah pun memperoleh berat badan yang diidamkan 52 KG berbanding 70KG sebelum ini.

Bagi yang nak mencuba, boleh ikut cara Syamimi ini.

Menu Diet Ramadan Hilang 5kg – 10kg

  1. Rutin selepas bangun tidur
    – buang air
    – timbang, ukur lilit badan dan catat setiap hari
    *tips timbang paling tepat, timbang tanpa baju.

2. Sepanjang tempoh ini makanan lebih kepada ‘eat clean’
– kurangkan minyak
– kurangkan garam
– kurangkan kicap sos dll
– tiada gula *ambil gula dari buah sahaja
– tiada air manis
– pejam mata untuk (makanan segera, kek, coklat, aiskrim, mee goreng, kuew tiow goreng dll)

3. Bagi yag nak ambil nasi, sukat nasi dalam 1 cup dadih saiz kecil. Terbaik pilihan beras basmathi 0% gula, tp kalau guna beras biasa pun okay.

Saya letak *=M O R E H tu merujuk kepada WAKTU makan selepas tarawikh.

Perkongsian saya untuk 10 hari Ramadan, hari lain boleh ulang menu yg sama.

 

 

TIP

Bagi memudahkan kerja mommies yg nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga juga, rasa renyah nak kene sediakan 2 menu, jadi boleh lah ambil lauk tanpa kuah okay.

Contohnya kari ayam ke, ayam masak kurma ke, ayam masak lemak cili api dll.
Atau yg bekerja tak sempat nak masak dan beli lauk di bazar, masa berbuka ambik lauk je, asingkan kuah okay.

  • Menu diet Ramadhan ni sy kongsikan kepada mereka yg nak usaha Kurus Raya Ideal-Fit ri.
  • Kuih muih boleh la ambil sepotong/sebiji dalam seminggu sekali. (sy pun terliur juga sbb ada sesetengah kuih ni ms di bulan Ramadhan je jumpa kan) ?
  • Menu udang dan daging cukup 2-3 kali sepanjang Ramadhan ini yea.. Ambik ikan, telur dan ayam.
  • Ambil green tea selepas berbuka
  • Cara bersenam (Tarawikh, Tahajjud, Qiam)
  • Banyakkan minum air kosong.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat utk semua. Jangan lupa ambil gambar sekarang dan Raya nanti yea. Saya doakan semua yg di dalam usaha akan berjaya.

Sumber: Syamimi N Khalil

 

Published by
VK