Tumpang gembira melihat kebahagiaan Ashraf Muslim bersama dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Boleh dikatakan mereka adalah pasangan pologami yang layak dicontohi meskipun satu ketika dulu ramai yang mengecam pelakon ini.
Semalam sempena sambutan Hari Wanita sedunia, Ashraf tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat dua wanita yang penting dalam hidupnya.
Manis sungguh kerana tak ramai suami yang membuat ucapan buat isteri sempena Hari Wanita! Malah dia tidak berselindung mengakui betapa dua isterinya membantunya menjadi suami yang lebih baik.
“Mereka adalah wanita yg luarbiasa buatku… sentiasa memahami perjalanan hidupku yg berwarna warni ini. Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir utk menjadi suami yg lebih baik dan lebih bijak.
Ads
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yg besar kepadaku utk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yg dekat dgnMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka sepertimana orang-orang yg beriman sebelum ini. Amin…”
Disertai dengan #SetiapHariAdalahHariWanita ucapan ini turut mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang memuji Ashraf kerana berjaya menyatukan dua isteri dan hidup dalam harmoni.
Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah apa yang dikehendakinya. Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri Khairil Ashraf Asri dan Noor Amiza Rashaid. Mereka dikurniakan anak buat kali pertama seramai 3 orang sekali gus.
Mulut masin, bergurau tapi betul terjadi
Menurut Noor Amiza yang mesra dipanggil Mija, katanya dia sendiri tak sangka akan melahirkan kembar tiga. Dia berseloroh dengan suami mengatakan yang dia mesti mengandung kembar. Bukan kembar dua tapi kembar tiga. Tak sangka kata-katanya itu betul-betul terjadi. Lagipun Mija sendiri pun ada kembar. Jadi genetik kembar itu memang kuat dalam dirinya.
“Kan orang kata kata-kata ni doa. Lagi-lagi saya cakap tu ketika mengandung. Kami memang takde merancang pun untuk mengandung kembar. Tak ada tip yang diamalkan. Cuma mungkin Allah nak makbulkan kata-kata saya masa bergurau dengan suami. Saya bergurau kata nak kembar tiga. Allah makbulkan doa si ibu mengandung ni.”
Tiada alahan pun
Ramai yang kata kalau mengandung anak perempuan, alahannya lain macam berbanding kalau mengandung anak lelaki. Namun bagi Mija, sepanjang mengandung kembar tiga ini, dia tidak alami alahan pun. Kehamilannya berjalan lancar dan dia sihat-sihat sahaja.
“Ini semua rezeki. Saya takde alami alahan. Lain orang lain pengalamannya. Macam saya sendiri pun tak sangka nak dapat kembar tiga. Sejak awal mengandung kembar ni tak pernah susahkan saya misalnya alahan. Jadi saya anggap mereka anak bertuah. Tak ramai yang diberi rezeki kembar tiga. Saya dah Allah pilih untuk jadi ibu kepada kembar tiga. Seronok tak terkata.”
Kata Mija, ketika bersalin secara pembedahan pun doktor terkejut kerana pada mulanya memang ingatkan kembar dua sahaja.
Macam mana boleh tak perasan ada tiga?
Bercerita mengenai macam mana boleh tidak dapat dikesan ada tiga kembar dalam kandungannya, Mija mengatakan dia pergi membuat imbasan (scan) ketika perutnya sudah pun besar. Jadi bayi di dalam perut sudah berhimpit-himpit
“Saya tahu saya mengandung kembar ketika kandungan telah besar. Masa tu pergi scan di klinik swasta. Tujuan asal ialah untuk tahu jantina baby. Masa tu saya ingat saya mengandung seorang baby saja. Bila scan doktor kata ada dua baby. Saya terkejut tapi gembira. Doktor cakap susah nak buat scan secara terperinci sebab baby dah besar. Perut dah padat. Sebab itulah sampai dah hujung mengandung saya tak tahu yang saya mengandung tiga orang baby.”
Saya sendiri ambil masa sebulan nak cam kembar ni
Nama pun kembar seiras. Sudah pasti ketiga-tiganya nampak sama sahaja. Pada mata kasar kita sebagai orang luar, pasti nampak sama. Tapi apabila ditanya pada ibu dan ayahnya, pasti mereka boleh ‘nampak’ ada beza antara ketiga-tiga kembar comel ini.
Mija mengakui memang agak susah nak mengenal pasti setiap seorang kembarnya. Masing-masing nampak seiras. Namun sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkan bayi ini, dia tahu bezanya. Walaupun dia sendiri ambil masa sebulan untuk mengecam beza kembar tersebut.
“Kalau orang tanya macam mana nak cam, memang susah nak jawab soalan ni. Sebabnya saya sendiri pun apabila kembar ni umur sebulan lebih baru saya dapat cam beza antara satu sama lain.”
Kembar tiga ini diberi nama Raisha Hannani Mikha, Raniah Humaira Mikha dan Raihan Huwaida Mikha.
Kembar tiga curi tumpuan ramai
Setiap kali keluar bersiar-siar dengan kembar tiga ini, Mija mengakui anaknya mencuri tumpuan ramai. Orang akan tegur, kembar tiga ke? Memang seronok apabila ada yang perasan anaknya kembar tiga kerana hal ini memang jarang berlaku.
“Soalan yang selalu juga ditanyakan ialah mana satu yang sulung? Mana satu yang kedua? Mana satu yang bongsu?”
Kini kembar sudah pun berusia setahun 9 bulan. Maka bertambah riuh-rendahlah keadaan di rumah. Kalau keluar berjalan-jalan pun, ini satu cabaran buat Mija dan suami. Maklumlah tiga orang anak, sebaya pula tu. Masing-masing ada kerenah tersendiri.
Mija menyediakan stroller kembar untuk memudahkan membawa anak. Namun stroller kembar hanya dua kerusi, jadi seorang perlu didukung. Itulah antara cabarannya.
Semuanya 3 kali ganda
Nak menjaga seorang anak pun ada yang terkial-kial. Betapa pula bagi Mija yang terus perlu hadap tiga anak sekali gus. Mengakui banyak cabaran, namun Mija bahagia. Walau semuanya perlu tiga kali ganda, dia bersyukur suami selalu memudahkan kerjanya.
“Saya dikelilingi orang yang sanggup bersusah payah dengan saya. Saya bersyukur sangat. Ketika nak menjaga tiga anak ni, suami, keluarga saya dan keluarga mentua semuanya sanggup tolong jagakan. Nak memandikan mereka, bagi makan, bermain semuanya kami lakukan bersama. Alhamdulillah.”
Mengimbas kembali ketika bersalin dulu, Mija kata dia dan suami hanya menyediakan keperluan untuk kembar dua. Masa tu tak tahu ada kembar tiga.
“Bila scan dan tahu ada kembar dua, persediaan yang kami beli memang untuk dua orang sahaja. Semua sekali dua. Carseat, stroller, set baju serba serbi dua. Jadi bila keluar kembar tiga, yang lagi seorang tu terpaksa pakai baju yang berbeza kerana tak cukup set. Kesian dia.”
VK teruja apabila baca kisah kembar. Seronok rasanya baca kisah mereka. Macam mana agaknya kembar tiga seiras ni apabila mereka besar nanti ya? Mesti rapat hubungan mereka ni. Muka sama, nama pun hampir sama, pergi sekolah bersama. Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya ya.
Cuti Deepavali lalu anak pasangan pelakon, Awal Ashari dan Scha Alyahya telah belajar membuat brownies. Itupun kerana dalam kasyen yang diberikan, Lara tidak tahu hendak membuat maruku.
Menariknya, setiap kali hendak memasukkan bahan-bahan brownies dalam mangkuk, Lara akan mulakan dengan membaca bismillah.
VK tengok video ni pun rasa sejuk je. Semua dimulakan dengan bismillah. Bagus, kan? Video Lara bersin dekat brownies yang dah masak tu kelakar sungguh.
Ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan lebih berkesan. Menghukum anak yang melakukan kesalahan bukanlah cara terbaik untuk mendidik. Sebaliknya ibu bapa disaran mengamalkan teknik keibubapaan positif (positive parenting).
Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif memberikan 3 teknik keibubapaan positif melalui perkongsian di grup Telegramnya. Teknik keibubapaan positif ini boleh membantu menbuatkan perangai anak lebih cepat elok dibandingkan teknik disiplin yang menghukum.
3 Teknik Positive Parenting
1) Membuat arahan dalam bentuk jenaka & permainan.
Contohnya nak anak buang sampah, kita guna je ayat ni ” Adik..tolong Mama. Tong sampah ni raksasa. Cepat suap sampah ni kat mulut dia.”
2) Sebelum marah, masuk dulu ke dalam fikiran anak.
Kalau kita jadi anak kita, apa agak agak yang kita rasa? Teknik ni akan menyuburkan sifat EMPATI & MEMAHAMI
3) Kuasai Art Of Distractions
Kita kena tahu benda yang boleh alih perhatian anak. Contoh anak tengah bergaduh. Cuba sesekali tu kita alihkan perhatian mereka daripada kita asyik marah dan hukum mereka.
Jom sebarkan ilmu mahal ni pada pasangan masing masing dan klik link ni untuk belajar lebih mendalam lagi ilmu parenting ? t.me/NotaTaufiqRazif