Baru-baru ini, Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) telah melancarkan peranti terbaharunya yang lebih inovatif dikenali sebagai IQOS ILUMA dan ia merupakan satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut ke arah era bebas asap rokok di negara ini.
Apa yang pasti, peranti ini merupakan alternatif yang lebih baik berbanding rokok termasuk beberapa generasi sistem pemanasan tembakau IQOS sebelum ini.
Uniknya, IQOS ILUMA yang terbaru ini telah menjadi sistem pemanasan tembakau pertama jenama itu yang memperkenalkan teknologi pemanasan aruhan, yang tidak menggunakan bilah dan tidak memerlukan sebarang teknik pembersihan.
Teknologi pemanasan inovatif dalam peranti ini ialah SMARTCORE INDUCTION SYSTEM yang memanaskan tembakau dari dalam TEREA SMARTCORE STICK terbaharu yang direka bentuk khas untuk digunakan dengan IQOS ILUMA.
ILUMA juga menampilkan fungsi automula yang akan mengesan apabila puntung TEREA dimasukkan dan ia akan menghidupkan peranti secara automatik.
Ads
Antara kelainan dari segi inovasi dalam peranti terbaharu IQOS ILUMA ini adalah ianya hadir dengan tanpa bilah serta menawarkan cara yang lebih bersih untuk memanaskan tembakau dari dalam tanpa perlu membakarnya.
Dalam masa yang sama, teknologi pemanasan ini akan memberikan pengalaman yang lebih konsisten, tiada sisa tembakau, tidak perlu membersihkan peranti, tidak menghasilkan pembakaran dan tiada asap.
Selain itu, penyelidikan pasaran PMI menunjukkan bahawa IQOS ILUMA
memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan kepada pengguna berbanding generasi IQOS sebelumnya.
Ads
Seperti peranti IQOS sebelumnya, IQOS ILUMA mengeluarkan secara purata 95% lebih rendah tahap bahan kimia berbahaya berbanding dengan rokok. Namun ini tidak bermaksud ia menyamai pengurangan risiko sebanyak 95% dan IQOS ILUMA tidak bebas risiko.
IQOS ILUMA PRIME, IQOS ILUMA, IQOS ILUMA ONE
IQOS ILUMA PRIME boleh didapati dalam reka bentuk baharu yang
menggunakan aluminium beranod yang elegan serta digabungkan dengan balutan tekstur.
Peranti ini tersedia dalam variasi empat warna menarik dan juga boleh disambungkan melalui telefon pintar pengguna serta luar talian. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis aksesori termasuk pembalut pengecas dan cincin pemegang.
Ads
Dari segi reka bentuk, IQOS ILUMA adalah serupa dengan Generasi IQOS yang sebelumnya. Tetapi ia memberi anda pengalaman baru dari segi pemanasan tembakau yang dipertingkatkan serta konsisten. Ia tersedia dalam lima warna menarik dengan pilihan aksesori lanjut seperti cincin pemegang dan penutup yang boleh ditukar ganti.
Kedua-dua ILUMA dan ILUMA PRIME menawarkan keupayaan untuk menggunakan kedua-duanya sekaligus tanpa mengecas semula pemegang dengan menyertakan ciri lanjutan yang boleh diakses melalui aplikasi IQOS.
Contohnya, pengguna boleh tetapkan gerak isyarat pintar, automula, pelbagai mod pencahayaan, makluman dan keupayaan untuk pengguna mengunci dan membuka kunci peranti mereka apabila diperlukan.
Sementara itu, IQOS ILUMA ONE pula menawarkan reka bentuk ‘semua dalam satu’ yang memberikan sehingga 20 penggunaan berturut-turut apabila dicas penuh dan tersedia dalam variasi lima warna dengan pilihan aksesori tambahan seperti lengan silikon.
Biasa terjadi pintu bilik atau bilik air di rumah terkunci dari dalam. Mungkin tanpa sengaja tertekan atau pintu terhempas kuat. Lagi buat kita kalut di dalam itu ada bayi dan kita pulak tiada kunci spare.
Jangan cemas sebab ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuka pintu tombol ini. Modalnya boleh jadi sehelai kertas, kad, atau pembaris.
Buka tombol pintu yang terkunci dari dalam guna sekeping kertas
1. Cara kertas yang agak keras 2. Lipat kertas jadi segi empat 3. Menggunakan bucu kertas tadi tolak masuk di celah-celah pintu, supaya kena pada kuncinya. 4. Bila terkena pada kuncinya, tombol biasanya akan terbuka.
Untuk lebih jelas boleh lihat video di bawah.
Guna kad dan pembaris
Kaedahnya sama dengan menggunakan kertas.
Boleh praktik ya jika kejadian pintu terkunci berlaku di rumah.
Halia memang bahan wajib ada di dapur sebab banyak masakan kita menggunakannya. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam sendiri terutama jika suka makan halia muda.
Biasanya kalau beli halia di kedai, banyak yang dah tua dan kecut. Kalau nak puas hati kita tanam sendiri saja.
Cara penanamannya juga mudah dan boleh kita tanam dalam pasu atau polibeg saja seperti dikongsi oleh NurulAin Ben.
Nak cari benih halia mudah, beli saja halia di kedai. Boleh pilih sudah ada tunas. Kalau tiada, cambahkan saja tepi singki atau tempat yang lembap.
2. Bila dah bercambah atau berputik, boleh alihkan ke pasu atau polibeg.
3. Timbus benih halia dengan sedikit tanah.
4. Siram sekali sehari dan boleh dibaja selepas 4 bulan ditanam.
INFO: Untuk halia muda boleh tuai selepas 4-5 bulan manakala untuk hasil halia tua boleh dituai apabila 8-10 bulan. Sekali tuai memang banyak, puas hati!
Ketika ini semakin ramai yang mementingkan pemakanan sihat dan salah satu yang diadakan di rumah untuk tujuan ini adalah air fryer.
Ramai yang dah membeli air fryer dan menggunakannya di rumah terutama untuk mengurangkan penggunaan minyak yang kita tahu sinonim dalam masakan harian kita.
Meskipun begitu ramai juga yang masih melakukan kesilapan ketika menggunakan air fryer ini. Berikut adalah 7 kesilapan yang dikenal pasti selalu dilakukan oleh pengguna air fryer.
1. Masuk terlalu banyak makanan
Memang air fryer ada tetapkan had maksimum makanan yang boleh dimasukkan ke dalamnya. Tapi kita dinasihatkan tidak memasukkan makanan sampai had ini.
Sebabnya alat ini menggunakan udara panas untuk masak makanan dengan sempurna. Namun jika makanan terlalu banyak, putaran udara panas jadi tidak rata dan ini menyebabkan makanan mungkin kurang masak dan kurang sedap.
2. Tak panaskan dulu air fryer
Guna air fryer ini konsepnya sama macam kita menggoreng. Kita kena panaskan kuali sebelum letak makanan, sama juga dengan air fryer. Panaskan dulu lebih kurang lima hingga tujuh minit sebelum masak apa-apa makanan.
3. Masukkan makanan banyak air
Pastikan ayam, daging, ikan yang kita masak tidak terlalu basah atau banyak air jika masak guna air fryer. Ia menyebabkan makanan kita tak masak sempurna. Eloklah tos dulu ya.
4. Tidak bersihkan sebelum guna
Sebelum guna peralatan memasak kena pastikan ia dalam keadaan bersih. Sama juga dengan air fryer ini. Bila tak dibersihkan, bukan saja kotor tapi rasa makanan akan bercampur.
5. Tak balikkan makanan dalam air fryer waktu memasak
Ini ramai juga yang buat sebab sangka selepas masuk makanan dam air fryer ia boleh dibiarkan terus hingga masak.
Kena balikkan juga makanan terutama jika masak makanan berat seperti daging, ayam dan lain-lain. Kena jenguk-jenguk juga setiap beberapa minit dan terbalikkan supaya makanan masak sempurna seperti yang diinginkan.
6. Salah tetap suhu
Sebelum masukkan makanan tetapkan masa dan suhu yang sesuai untuk hidangan. Memang kena rujuk manual terutama bagi yang baru guna.
7. Tak letak minyak
Meskipun kita gunakan air fryer untuk menyediakan makanan lebih sihat tanpa minyak tapi ini tak bermakna kita tak kena letak langsung.
Kena gunakan juga sedikit, sekadar oleskan makanan supaya hidangan akan lebih masak dan terasa rangup.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...