Teknologi

Mesin Basuh 10kg Berapa Kuantiti Baju Boleh Masuk? Berat Kira Dengan Air Atau Baju Saja. Ini Jawapannya

Share

Walau hari-hari guna mesin basuh untuk mencuci pakaian tapi kita selalu tertanya tentang kuantiti baju yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Sebagai contoh jika mesin basuh tertera 10kg, adakah ia bermaksud berat baju 10 kg atau dikira bersama dengan air.

Soalan ini dijawab oleh seorang @abangletriq yang selalu berkongsi info tentang barangan elektrik di akaun TikTok beliau.

Menurut beliau berdasarkan berat yang tertera pada mesin basuh, kuantiti baju yang diletakkan bergantung kepada jenis mesin basuh juga.

Kuantiti berbeza ikut jenis mesin basuh

“Mesin basuh top load ia dikira sekali dengan baju basah, manakala untuk top load kuantiti dikiran baju kering.

“Mesin basuh front load boleh diisi banyak banyak kerana menggunakan putaran drum sepenuhnya. Manakala mesin top load menggunakan putaran pulsator di tengah drum untuk mencipta putaran air supaya baju berpusing,”jelasnya.

Had baju masuk dalam mesin basuh

Bagaimana nak tahu had baju yang dimasukkan kerana mesin basuh tiada sensor? Boleh gunakan tip yang beliau kongsi;

  1. Bagi mesin basuh front load boleh masukkan pakaian sampai atas sebab ia menggunakan putaran drum dan baju boleh dicuci sepenuhnya.

2. Bagi mesin basuh top loadi, disebabkan ia guna putaran air  jadi kuantiti air perlu melebihi kuantiti baju. Kuantiti baju yang dimasukkan kena 3/4 daripada drum saja.

Sekiranya baju dimasukkan penuh, fulsator sukar untuk membuat putaran air mengakibatkan baju tak bersih dicuci.

Tapi ujarnya tak dinafikan ramai yang memasukkan baju penuh mesin sampai atas. Cara ini bukan saja menyebabkan pakaian tak bersih tapi spin shaft mesin basuh juga cepat rosak sebab overload baju.

@abgletriqq Replying to @arepeacearepeace sukatan baju atau kain untuk cuci dalam mesin basuh😊 #homeelectricalproducts #tips #tipsandtricks #washing #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ

 

Published by
VK