
Isi Kandungan
Toggle
Mesin basuh kalau buat hal memang memeningkan kaum wanita. Kena betulkan cepat kalau tidak bertimbunlah pakaian tak berbasuh.
Selalunya masalah mesin basuh di rumah sama ada air yang keluar terlalu kecil, putaran perlahan atau langsung tidak berputar.
Nak membaiki kerosakan ini selalunya kena sedia modal dalam RM200. Ini caj tukang baiki alat elektronik dan biasa makan masa dua hingga tiga hari baru siap. Waktu itu dah tentu kain bertimbun bukan.
Tapi rupanya nak baiki kerosakan mesin basuh seperti ini mudah sangat. Boleh buat sendiri saja, modalnya cuma RM30, jimat RM200 .
Caranya ditunjukkan oleh Mazuan Lin.
—
Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni.
Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.
Langkah # 1
Langkah #2
Langkah # 3
Langkah # 4
Langkah # 5
Langkah # 6
Langkah # 7
Langkah # 8
Langkah # 9
Langkah # 10
Langkah # 11
Ok dah siap ya. Senang saja kan. Rasanya memang orang perempuan boleh buat.
Sumber: Mazuan Lin
Habis Pantang Pinggang Dah Ramping, Dalaman Cun, Berat Turun Dari 83Kg Ke 43Kg, Ibu Cantik Ini Kongsi Amalannya Selama 44 Hari

Isi Kandungan
ToggleBerat badan susah nak turun, ini keluhan biasa untuk ibu baru bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan atau caesarean.
Ada yang ambil masa setahun untuk dapat berat badan asal dan ramai juga tak dapat dah bentuk badan dulu. Cutting lari habis.
Tapi ibu ini lain pula, setel pantang 44 hari dari berat 83kg dia berjaya dapatkan bentuk badan langsing 43kg.
Tak lokek ilmu, Sahira Lim berkongsi amalan berpantang yang dipraktikkan, sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean yang tak dapat berbengkung.
Berpantang ni memang remeh tapi kalau nak cantik kenalah buat ya! Jom ikuti perkongsian Sahira Lim.
Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.
Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang !
1. Amalan sepanjang tempoh berpantang
Sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!
- Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
- Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.
- Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari ( minimumkan ).
- Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!
- Sila minum air kopi sekali sehari.
- Air kosong 1 gelas sehari ( yang ni mmg amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut atau tidak. Kalau tak nak tak perlu, ikut keperluan badan masing-masing).

- Balance minum air akar traditional, ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
- Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.
- Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok utk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
- Lebihkan air oren sunquick / buah oren sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan (ini Dr. yang pesan ya tapi mmg berkesan).
- Bagi ibu yang alami sembelit sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta. Kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.
- Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.
- Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
- Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
- Balance makan biskut cracker kosong ! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang, buat cara korang ye ).
- Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini utk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
- Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
- Urusan anak serahkan pada famili. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
2. Elak perbuatan yang mengundang bentan
Dalam erti kata lain perbuatan yang boleh sebabkan badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit. Perkara ini ibu jangan buat lagi.
- Jangan menyapu / vacuum
- Jangan basuh pinggan
- Jangan sidai baju
- Jangan angkat bath tub anak
- Jangan kemas rumah
- Jangan langgar pantang makan minum
- Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari (wajib ni!)
- Jangan dukung anak kecil atau kucing
- Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja
- Berbengkung selepas setahun bersalin
- Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja
- Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.
Ini tip berpantang keturunan Ira, keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.
Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun .
Ini tips berpantang ira! Boleh amalkan . Nak share pun boleh!
Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha Allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula! Goodluck!
Sumber: Sahira Lim
Siang Penggubah Bunga, Malam Jadi Runner. Walaupun Dianggap Bahaya Tapi Ini Cara Terbaik Redakan Stres

Isi Kandungan
Toggle
Aktviti berlari pada waktu malam meskipun ada yang mengatakan agak bahaya namun ia semakin diterima sebagai salah satu aktiviti kecergasan hari ini.
Malah bagi Umi Atiqah Kamaludin. 26 dia sudah memulakan aktiviti berlari dan turun naik bukit (trail running) sejak dua tahun lalu. Apa yang menariknya sebelah siang gadis ini adalah seorang penggubah bunga.
Hobi berlari ini pernah membawanya menyertai beberapa acara seperti Bali Marathon dan Janda Baik Ultra. Ujar Umi selain berlari untuk memastikan tubuh badan sihat ia juga adalah untuk meredakan stres..
1.Kenapa suka buat aktiviti fizikal terutamanya berlari?
Antara sebab utama saya suka berlari adalah bagi saya berlari merupakan “stress-reliever”. Saya juga berbasikal tapi berlari lebih menyeronokkan.
2.Bila turun naik bukit apa anda rasa bila buat aktiviti macam ni?
Bagi saya berlari di dalam hutan dan naik turun bukit (trail running) adalah sesuatu yang sangat seronok tapi ianya quite technical, kita perlu sentiasa menjaga form untuk mengelakkan kecederaan semasa berlari. Saya juga sangat suka melihat pemandangan ketika trail running. Ianya memenatkan kerana perlu mendaki, tetapi bagi saya pengalamannya memuaskan!
Lari turun naik bukit.
3.Apa manfaat yang anda dapat dengan aktiviti ini?
Dengan berlari, saya rasa tubuh badan lebih sihat. Dan dengan membuat aktiviti ini, saya juga dapat meet new friends dari tempat yang berlainan. Ada yang dari Pulau Pinang, Johor dan Jakarta. Kita sama-sama bertukar pendapat dan saling memberi motivasi dengan cara melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.
4.Selalunya aktiviti berlari dilakukan dengan siapa?
Saya selalu berlari dengan running crew Kyserunkrew. Saya mula berlari dengan mereka sejak tahun 2016. Kelebihan berlari dengan krew adalah mereka sentiasa memberi tip dan motivasi. Seronok berlari ramai-ramai. Kalau sendirian, cepat bosan.
5.Apa persediaan yang perlu seseorang itu lakukan sebelum berlari?
Pastikan pemakanan betul. Saya elakkan makanan yang pedas beberapa jam sebelum berlari. Selain itu sebelum berlari kita kena buat dynamic stretches. Ini benda wajib kena buat sebelum berlari untuk elak kecederaan otot. Selain itu, bersediaan penting juga ialah memakai pakaian sesuai dan kasut yang sedap dipakai untuk berlari.
Pakai kasut selesa untuk berlari.
6. Bagaimana rutin pemakanan yang anda amalkan untuk kekal sihat?
Pemakanan ialah salah satu cara untuk penjagaan kesihatan secara dalaman. Kita kena jaga makan untuk elakkan badan mudah mendapat penyakit. Tak guna juga jika kita buat aktiviti fizikal tapi tak jaga makan. Saya cuba mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dengan ambil makanan kurang manis serta kurang masin. Saya makan dalam 3-4 kali sehari tapi semuanya in small portions dan kurang nasi. Saya juga cuba untuk tidak makan lewat malam.
7.Lokasi kegemaran
Kalau untuk berlari tempat yang saya suka di Stadium Matsushita (Shah Alam) ataupun di Hartamas. Kalau untuk trail running, di Bukit Gasing. Tempat-tempat ni best untuk berlari.
8.Tip untuk yang baru mencuba
Bagi saya, bagi orang yang baru nak mula, anda kena mulakan dengan “start slow” dahulu. Jangan naikkan mileage secara mendadak untuk mengelakkan kecederaan. Cuba cari kawan-kawan untuk buat bersama ataupun boleh join running crews jadi tak rasa bosan. Motivasi pun tak merudum.
Antara bentuk senaman yang gemar dilakukan.
9. Tip untuk elak kejadian tak diingini lebih-lebih lagi untuk orang perempuan
Kalau boleh cuba elakkan jogging/berlari di kawasan yang tersorok. Dan jika berlari seorang, cuba elakkan memakai earphone di dua-dua belah telinga supaya boleh peka dengan keadaan sekeliling.
A post shared by Umi Atiqah (@_umiatiqah) on
Sumber: Umi Atiqah
9 Cara Sejukkan Ruang Bagi Rumah Yang Tiada Air Cond

Isi Kandungan
Toggle
Meskipun cuaca di negara kita selalu panas, tapi tak semua kediaman mempunyai pendingin hawa. Alat ini bukan saja agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
1. Letak ais ketul dalam bilik
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
2. Letak besen berisi air dalam bilik
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
3. Halakan kipas ke arah tingkap
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
6. Beli pelembap udara
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
TIP EKSTRA
7. Tukar cadar
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
8. Tutup langsir
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
9. Tidur bahagian bawah
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Sumber: www.huffingtonpost.com