Mi Bandung Paling Ringkas Nak Buat, Bahan Tak Banyak, Masak Pun Sekejap Tapi Sedap

Share

Bulan Syawal ini mesti ada saja tetamu datang berkunjung ke rumah. Salah satu hidangan yang mudah dibuat termasuk bila tetamu datang mengejut adalah mee bandung.

Memang ada resipi hidangan ini yang panjang bahan-bahannya tapi ada juga versi yang ringkas tapi sedap. Nak yang mudah boleh ikut cara SuiSan Aliezsha.

Mee bandung ini katanya resipi arwah ibunya tapi cukup ringkas. Mudah kerja tapi makan sedap!

Mi bandung ringkas resipi arwah mak

Bahan-bahan:

Cili kering, bawang besar & bawang putih (kisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (kisar)
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah..
Telur
Sukatan ikut kuantiti mee

Cara membuat:

1. Tumis cili sehingga naik minyak dan masukkan udang kering & kacang dan kacau.

2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkan mendidih.

3. Masukkan garam, gula secukup rasa.

4. Masukkan udang dan biar seketika.

5. Kemudian masukkan daging, pecah telor dan masukkan sayur. Tuang kuah atas mee yang siap dicelur. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: SuiSan Aliezsha

Published by
VK