Macam-macam resipi boleh dibuat menggunakan mi. Cuma yang paling kerap kita masak dah tentulah mi goreng. Tapi jika nak kelainan boleh cuba mi goreng tauhu hancur yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Tambah sedap bila rencahnya menggunakan seafood. Menu mi goreng tauhu hancur ini memang jadi kegemaran keluarganya. Rasanya sedap, pedas manis sebati. Boleh cuba ya.
Mi goreng basah seafood tauhu hancur
Bahan-bahan:
500gram mi kuning
Udang saiz sederhana 15 ekor
Sotong 2 ekor saiz besar
Taugeh
Sawi
Tauhu (1 ketul besar dihancurkan)
Tomato 1 biji (dibelah 6)
Kicap manis -7 sudu besar
SOS tiram -1 sudu besar
SOS cili -1 sudu besar
SOS tomato -1 sudu besar
Minyak masak
Serbuk perisa Knorr(jika perlu)
Bahan dikisar
Bawang besar -½ biji
Bawang putih -2 ulas
Cili kering -5 batang (di rendam air panas Dan toskan)
Ikan bilis (1 sudu besar)
Ads
Cara membuat
Panaskan minyak masak secukupnya
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
3. Masukkan sotong, udang, masak seketika.
Ads
4. Kemudian,masukkan ,kicap Manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
5. Akhir sekali masukkan mi, tauge, sawi, tomato, serbuk perasa. Gaul sebati.
Ads
6. Tutup api dan sedia dihidangkan. Lagi sedap makan ketika masih panas.
Berbahagialah mereka yang ada dusun durian pada waktu musim raja buah ini. Nak makan senang, boleh jual lagi.
Tapi ada juga yang menanam pokok durian tapi tak menjadi. Jadi macam mana nak buat supaya musim akan datang buahnya jadi lebat.
Anda mungkin boleh ikut petua yang dipraktikkan oleh petani Thailand yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan saja untuk lebatkan buah dari pokok durian tapi juga pokok buah-buahan lain.
Petua lebatkan pokok buah termasuk durian
Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Kalau makan kuetiau sup di kopitiam rasanya memang lain daripada yang selalu kita buat.
Menu Chinese style ini supnya jernih tapi sedap sungguh. Letak pula cili potong kicap! Ringkas tapi cukup rasanya.
Kalau teringin nak buat di rumah pun boleh sangat, sebab bahan-bahannya mudah dan cara membuatnya senang. Rahsia sedapnya terletak pada minyak bawang putih goreng. Boleh ikut perkongsian dari Siti Rahayu Ahmad.
Lepas siap masak guna kuali, ramai yang terus masukkan dalam singki dan siram dengan air sejuk sampai keluar asap sebab masih panas. Tujuannya supaya nak cepat bersihkan dan kotoran tak melekat kalau dah sejuk.
Tapi sebenarnya cara ini tak disarankan terutama kalau kita guna kuali yang mahal. Kuali yang panas perlu dibiarkan sejuk dahulu sebelum dicuci.
Menyiram atau mencurah air sejuk ke dalam kuali yang panas akan menyebabkan berlakunya thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, termasuklah kuali berjenama.
Thermal shock boleh buat kuali berubah bentuk
Apa itu thermal shock? Umumnya ia adalah keadaan di mana logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.
Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza.
Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Sebab itu kalau kita perasan ada sesetengah kuali di rumah yang berubah bentuk.
Kalau nak terus cuci guna air panas
Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.
Simen lantai, letak bata atau pasang paver block antara cara yang ramai lakukan untuk elak laman ditumbuhi rumput. Tapi dah pasang pun tetap timbul masalah yang sama. Rumput tumbuh pula celah batu bata dan simen hingga sakit pula mata memandang.