Teknologi

Microwave Berasap, Keluar Percikan Api, Cuma Perlu Tukar Mica Sheet Saja

Share

Microwave berasap dan keluar percikan api ketika memanaskan makanan memang akan buat kita gelabah. Mungkin ramai yang menganggap ia rosak atau risau untuk menggunakan lagi alat tersebut kerana bimbang mendatangkan bahaya.

Tapi janganlah terus buang microwave ini, ia sebenarnya masalah biasa dan boleh dibaiki sendiri.

Punca microwave berasap

Punca ketuhar gelombang haba ini tidak berfungsi dengan baik seperti berasap dan mengeluarkan percikan api adalah kerana berlaku kerosakan pada mica sheet yang ada pada tepi bahagian dalam microwave.

Boleh jadi ia terbakar, terkoyak semasa proses memanaskan makanan.

Cuma perlu tukar mica sheet saja

Apa yang perlu dilakukan cuma menukar mica sheet yang boleh dibeli secara online, dan kebiasaannya microwave akan kembali berfungsi seperti biasa. Cara menukar mica sheet ini juga mudah, hanya  perlu tanggalkan saja yang lama dan selitkan yang baru dengan berhati-hati.

Fungsi mica sheet

Untuk pengetahuan fungsi mica sheet ini adalah sebagai pelindung gelombang mikro (waveguide cover). Ia terletak berhampiran pemancar gelombang mikro (magnetron) dan berfungsi untuk:

Melindungi magnetron
Ia menghalang serpihan makanan, minyak, dan kelembapan daripada masuk ke bahagian magnetron atau waveguide. Ini penting untuk memastikan komponen dalaman tidak rosak atau terbakar.

Memastikan gelombang mikro dihantar dengan berkesan
Mica sheet membolehkan gelombang mikro bergerak tanpa gangguan. Jika ia rosak atau berlubang, microwave mungkin tidak berfungsi dengan baik atau menghasilkan percikan.
Keselamatan

Ia bertindak sebagai penebat elektrik dan haba, melindungi pengguna daripada risiko litar pintas atau bahaya lain.

Jika beli secara online pastikan saiz mica sheet sesuai dengan microwave yang digunakan

Tanda mica sheet perlu ditukar

-Terdapat kesan terbakar.
-Lubang atau koyak yang ketara.
-Gelombang mikro tidak memanaskan makanan dengan baik.

Kalau nampak mica sheet rosak, cepat-cepat ganti supaya microwave boleh berfungsi dengan selamat!

Sumber: Ku Siti

Baca: Kaedah Paling Senang Bersihkan Microwave, Harum Pulak Tu. Tak Perlu Guna Sabun Pun

Published by
VK