Bagi yang berhasrat membina atau mengubah suai kediaman mungkin boleh menggunakan info yang dikongsi oleh Najmuddin Sulaiman agar rumah yang dibina sejuk dan selesa untuk penghuni tanpa menggunakan aircond atau pendingin hawa.

Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan boleh orang Melayu dulu kala ujar Najmuddin kediaman yang dibina menurutnya sejuk sekali gus bakal menjimatkan penggunaan elektrik.

Kata Najmudin dalam membina kediaman ini ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjayakan misi rumah yang sejuk ‘tanpa pasang aircond’ yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.

“Tak perlu pasang aircond” inilah kata-kata beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.

“Ya seawal saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu dulu yang menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond,,”jelas Najmudin dalam hantaran di Facebook tentang kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ mengaji warga emas.

Perkara penting supaya rumah yang dibina sejuk

Terangnya antara poin penting untuk jayakan “tak perlu pasang aircond” ini adalah;

  • Bangunan mesti lawan angin (timur – barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
  • Bangunan ini ada lorong di tengah untuk udara mengalir.
  • Sekeliling bangunan ini level siling pula dipasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yang dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin).
  • Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. Jadi secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.
  • Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka ke atas bukan ke sisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi tiga. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.
  • Pemilihan warna, semua tahu warna putih adalah warna yang terbaik untuk memantul haba.
Selain itu:  Rezeki Tak Salah Alamat... Hanya Beli Mi Wanita Ini Dapat Rumah Impian RM 300,000 Percuma!

“Alhamdulillah, bila kediaman sejuk tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik,”ujar Najmudin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir lima ribu tanda suka.

Sumber:Najmuddin Sulaiman

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI