Miss Intercontinental Malaysia 2017 Dulunya ‘Chubby’. Ini Cara Sanjna Suri Turunkan Berat Lebih 20kg!

Share

 

Kalau ada yang tak tahu inilah gadis mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Intercontinental 2017 yang kini sedang berlangsung di Sunrise Garden Beach Resort, Hurghada Egypt.

Sanjna Suri, 26, merupakan seorang ahli farmasi, penyanyi dan juga model. Kalau tengok bentuk badannya memang mantap. Kurus langsing uols!

Tapi siapa sangka tiga tahun lalu penampilannya bukan begini. Dengan tubuh berisi, wajah Sanjna juga chubby. Berat badannya ketika itu mencecah 70kg.

Namun azam untuk memiliki tubuh badan yang sihat telah mengubah penampilan Sanjna. Lihat saja dia sekarang dengan tinggi langsing dan wajah yang makin cantik. Berat badannya kini 48kg. Wah!!!

Mesti ramai yang nak tahu bagaimana Sanjna ini boleh menurunkan berat badannya lebih 20kg kan. Ini cara yang dilakukan.

Azam yang kuat

Nak kurus kenalah mulakan dengan azam dan diiringi dengan kerja keras, komited serta berfikiran positif macam Sanjna ni.

Pilih makan sihat

Dia sanggup masak sendiri untuk pastikan makan makanan sihat. Hmmm nampak macam sedap je kan.

Senaman di gim jadi rutin

Selama enam bulan diet Sanjna turut menjadikan amalan bersenam di gimnasium satu rutin dan ia tetap diteruskan walaupun dah kurus.

Cheat day raikan kejayaan

Ini kena ada, barulah bersemangat kan!

Moga ada yang terinspirasi lihat perubahan Miss Intercontinental Malaysia 2017 ini. Sama-sama juga kita beri sokongan kepada Sanjna yang kini sedang bertanding di Egypt.

 

Sumber: sanjnasuri

 

 

Published by
VK