Antara masalah yang sering dihadapi pemilik kenderaan adalah apabila cermin lampu kereta bertukar menjadi warna kuning seperti kusam.
Ads
Situasi ini juga boleh menjejaskan pandangan terutama ketika memandu pada waktu malam.
Ads
Untuk mengelakkan masalah ini, anda tidak perlu ke bengkel, sebaliknya boleh buat sendiri dengan hanya bermodalkan sekitar RM40 sahaja.
Ads
Perkongsian dari laman sosian melalui akaun twitter @syahmie_14 memberitahu cara terbaik menyelesaikan masalah ini.
Hilangkan Warna ‘Kuning’ Pada Lampu Kereta
Bahan-bahan diperlukan:
Masking tape
Sekeping kertas pasir 600, 800, 1000
Autosol metal (beli di Shopee RM5)
Coating spray samurai berharga RM2,000 (beli di Shopee RM30)
Total kos: RM39.
Cara membuat:
1. Pertama sekali letak ‘masking tape’ keliling lampu, jadi tidak akan tercalar ketika menggosok dengan kertas pasir.
2. Guna kertas pasir 600 dulu, kerat dalam saiz sebesar tapak tangan sudah memadai. Kemudian gosok dan tonyoh lampu kereta dengan air sekali. Kemudian guna kertas pasir 800 dan akhir sekali guna 1000. Lampu kanan akan jadi kelabu sedikit dan keadaan normal.
3. Biarkan kering dulu lampu kereta, kemudian barulah cuci dengan autosol metal. Boleh gunakan span atau kain polish. Lebih mudah jika ada grinder. Autosol ini ada 2 jenis, metal dan plastik.
5. Kemudian selepas sudah polish dengan autosol metal itu, lampu akan jadi seperti ini. Nampak sedikit jernih berkilat berbanding warna kelabu asap tadi. Biarkan seketika kemudian barulah spray dengan coating spray samurai.
6. Untuk membuka spray boleh baca arahan pada cover tin berkenaan. Kemudian spray secara random pada lapisan pertama dari jarak 15 – 30 cm. Jangan terlalu lama. Tunggu sehingga 10 minit sehingga betul-betul kering, barulah spray pada lapisan kedua. Cara semburan kali kedua ini penting, samada spray secara menegak atau melintang
7. Sekiranya campurkan spray kedua menegak dan spary ketiga melintang, akan jadi seperti lampu sebelah kiri, tidak berkilat sangat. Sebaliknya lampu sebelah kanan di spray hanya 1 arah sahaja.
8. Bahagian ini paling penting. pastikan selepas setiap spray, segera lap body kereta yang kena spray tadi sebelum kering. Hanya dalam masa 1 jam 40 minit, lampu kereta sudah mendapat hasil yang diimpikan.
Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
Cara buat lala masak pedas yang sedap
Bahan-bahan
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
Cara membuat
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Teruja lihat pokok sayur yang ditanam oleh Tieok Eng di kediaman beliau. Subur dan segar bugar.
Untuk dapat hasil tanaman subur dan cepat dituai hasilnya boleh praktikan tip yang dikongsi oleh beliau. Caranya sebelum tanam, bakar dulu rumput liar, selanjutnya boleh ikut perkongsian di bawah.
Tip tanaman subur & cepat petik hasil
Aunty nak share tip kenapa sayur-sayur yang aunty tanam subur dan cepat dapat dipetik.
Waktu sediakan tapak untuk tanam sayur aunty akan bakar rumput-rumpur liar campur dengan tinja kambing atau sisa ikan yang diambik dari gerai jual ikan.
Selepas bakar, baru buat batas dan tapak untuk tanaman. Tapak ini hanya diulang tanam paling banyak 3 kali saja. Kalau asyik tanam selepas dituai sayur akan diserang ulat hijau atau hitam.
Selepas 3 kali tuai aunty akan bakar lagi rumput liar campur sisa ikan untuk buat tapak baru, banyak kerja tapi berbaloi hasilnya nanti.
Kesan hitam ini selalu dilihat di bahagian leher dan ketiak. Seringkali juga ia dianggap sebagai daki, tapi hakikatnya bukan. Ia sebenar petanda yang membimbangkan terutama jika dialami pada kanak-kanak.
Risiko untuk anak yang mempunyai kesan hitam ini mengalami diabetes adalah tinggi. Perkara ini dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Selalu ada di bahagian berlipat
Acanthosis nigricans (AN), iaitu keadaan kulit yang gelap dan tebal. Selalunya ia berada di bahagian tengkuk dan leher, ketiak dan bahagian-bahagian badan yang berlipat yang lain seperti di siku, lutut mata jari (knuckles), dan bahagian sebelah dalam peha (groin area).
Acanthosis Nigricans bukanlah daki yang boleh ditanggalkan dengan mudah. Ia juga bukan masalah kulit yang biasa. Kehadiran Acanthosis Nigricans pada seorang kanak-kanak yang gemuk bermakna kanak-kanak itu sedang mengalami masalah biokimia yang serius dalam dirinya.
Selalunya kanak-kanak itu obes dan mengalami insulin resistance, iaitu hormon insulin tidak dapat bertindak secara efektif. Glukos tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Maka lebih banyak insulin dikeluarkan sehingga kepekatan hormone insulin dalam darah terlalu tinggi. Keadaan inilah yang dinamakan hyperinsulinaemia.
Risiko kena kencing manis dewasa nanti lebih tinggi
Malangnya insulin resistance dan hyperinsulinaemia, akan menyebabkan penyakit kronik seperti hypertension, dyslipidemia, diabetes dan coronary heart disease.
“Maknanya anak saya dah ada kencing manis ke?”
Kanak-kanak itu tidak mengalami diabetes buat masa ini. Cuma kebarangkalian untuk menghidap diabetes lebih tinggi daripada kawan-kawannya yang lain apabila dewasa kelak.
Tidak ada ubat untuk mengatasi masalah ini. Doktor akan memeriksa berat badan kanak-kanak itu, menguji tahap gula dan menguji tahap hormone insulin ketika berpuasa. Ujian ini membantu doktor menilai kanak-kanak ini sama ada sudah mulai memasuki fasa prediabetic atau masih lagi normal.
Malah jika kanak-kanak itu telah disahkan mengalami diabetes melalui ujian Oral Glucose Test (OGT), kanak-kanak itu harus dirawat segera. Cara yang terbaik merawat keadaan ini ialah dengan mengurangkan berat badan.
Pemakanan yang sihat dan senaman akan membantu seorang kanak-kanak menurunkan berat badannya. Insulin resistance akan respon kepada usaha mengurangkan berat badan ini dan keadaan kembali normal apabila kanak-kanak itu telah mencapai berat yang normal. Masalah kulit acanthosis nigricans juga akan beransur-ansur hilang.