Bila teringin makan fish and chips selalunya kita akan pergi saja ke restoren atau kafe western. Walhal sebenarnya nak buat sendiri di rumah menu fish and chips ini boleh sangat. Sebab hidangan ini tak renyah dan mudah sangat penyediaannya.
Lagi satu kalau buat sendiri lebih jimat. Jika makan di kafe harga satu hidangan lebih kurang RM18. Tapi jika buat sendiri, dengan harga ini boleh sediakan untuk empat orang makan. Jimat kan!
Kalau nak cuba buat sendiri, boleh ikut perkongsian Wan Luqman
ini.Fish and chips ini simple saja hidangannya. Presentation pun not too fancy. Tak renyah pun nak buat.
Langkah demi langkah buat fish and chip
1.Ubi kentang dipotong jejari macam ni, rendam sekejap untuk buang kanji. Kemudian rebus dalam 5 minit, tos dan tapis. Bila dah sejuk, goreng.
Ubi kentang beli tadi RM1.90 dapat 5 ketul. Jatuh 40 sen sebiji. Guna 2 biji je untuk buat fries.
2. Dua keping isi dori ni dalam RM12.
Potong dua macam ni pula, kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping tu.
Hasilnya akan dapat 8 pcs tau. Boleh makan untuk 4 orang dengan isi ikan yang harga RM12.
3. Bahan untuk salutan ikan
-5sb tepung gandum
-3sb tepung beras
-1sb tepung jagung
-Garam dan lada hitam
-1sk serbuk kari ikan
-Air
4. Bancuh tapi pastikan tak cair dan tak pekat. Masukkan air sikit sikit. Ketepikan seketika.
6. Sebelum goreng ikan kita buat tartar sauce. Bahan-bahannya;
-Bawang putih – dicincang halus
-Bawang holland – dicincang halus
-5sb mayonis
-Timun Jepun
-Celery
-Jus lemon
-Parsley
-Sedikit garam dan lada sulah
Tartar sauce ini kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan takde pickles dan daun dill, letak saja daun parsley, celery, dan sikit lemon thyme. Lemon thyme tak wajib pun. Timun jepun dan celery tu sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.
7. Dah siap tartar sauce tak cukup syarat. Nak kick, boleh letak sikit je susu manis. Bunyi kelakar letak susu manis, trust me memang kick!
8. Bila dah siap tartar sauce bolehlah goreng fillet sampai garing.
9. Siap. Susun dengan salad kale. Salad kale ni murah saja sepaket RM3. Jadi kos semua untuk buat menu ini tak sampai RM15 macam tu. Kebanyakan barang lain dah ada kat rumah. Hanya isi ikan, kale salad, lemon dan ubi kentang saja beli.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Luqman