Kuih bakar pandan antara kuih yang selalu dijual waktu pagi mahu pun petang. Kita pun selalu beli sebab sedap.
Tapi sebenarnya nak buat kuih bakar pandan ini punyalah senang. Kisar bahan, tapis dan bakar. Buat seloyang satu keluarga boleh makan.
Nak lagi best bakar garing sikit bahagian atasnya dan tabur bijan lebih. Memang layan makan waktu petang. Asyik beli je, kita buat sendiri pulak.
Kalau nak buat boleh ikut resipi perkongsian Dee Ismail ini.
8 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu besar majerin
3/4 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
Bijan secukupnya
2. Kisar daun pandan dan satu cawan air. Tapis air daun pandan.
3. Tuang semua bahan kecuali bijan dalam air daun pandan. Kisar lagi sekali.
4. Tapis adunan, tuang ke dalam acuan yg bersapu majerin. Tabur bijan.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga permukaan garing dan perang. Boleh guna api atas bawah. Bila hampir masak tukar api atas sahaja.
Siap!
Sumber: Dee Ismail