Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata. Tapi sekarang harga sardin tin ini pun dah naik. Nak beli lebih dari setin pun berkira-kira.
Kalau anda jenis rajin, boleh cuba buat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh olah ikut cita rasa kita yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade macam ni dah tentulah halal dan bersih. Bagi yang nak cuba, caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.
Ads
Sardin homemade
Bahan-bahan:
Ads
2 kilo ikan sardin 1 tin tomato puri 2 senduk cili kisar 2 senduk bawang kisar 1 cawan air asam jawa 1 botol sos cili Garam Serbuk perasa Cuka Minyak untuk menumis
Ads
Cara membuat:
1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.
3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.
4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.
Kejadian mangsa yang maut akibat disengat tebuan memang biasa kita dengar, malah baru-baru ini juga kejadian yang sama berlaku terhadap seorang juruteknik di Kulim, Kedah.
Mangsa maut disengat tebuan ketika bertugas di sebuah pencawang. Memang menyedihkan. Mana tau sengatan binatang kecil ini mampu menyebabkan kematian.
Bagi memastikan kejadian sama tak berulang Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.
Tebuan beza dengan lebah
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Bila kena sengat tebuan ini yang berlaku
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
Tekanan darah turun dengan mendadak
Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.
Loya dan muntah atau cirit birit
Pening atau pengsan
Sengatan pada kanak-kanak berisiko kematian
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
LANGKAH PENCEGAHAN
Elakkan anak bermain dalam hutan
Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.
Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.
Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.
LANGKAH KECEMASAN
Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
Basuh dengan air dan sabun.
Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
Walaupun tak sakit tapi ketuat yang tumbuh pada jari-jemari memang jadi mengganggu. Ketuat yang berpunca dari virus HPV ini jadi sakit pada pandangan mata kita.
Sebab itu kalau boleh secepat mungkin kita nak hapus ketuat ini. Lagi satu jika nak tunggu ketuat ini luruh sendiri memang lambat.
Macam mana nak hapuskan ketuat?
Memang ada ubat di farmasi tapi kalau nak buat ubat sendiri di rumah pun boleh sebab bahan yang diperlukan mudah saja didapati seperti mana perkongsian Hanis Samsuddin .
Bahan yang diperlukan
Cuka epal/ apple cider vinegar – untuk matikan akar ketuat
Kapas/ facial cotton – untuk menyerap dan menyimpan cuka
Plaster – untuk membalut kapas yang direndam dengan cuka
Vaseline – untuk melindungi kulit yang sihat dari tindak balas cuka
Langkah rawatan
1. Celup kapas dalam cuka epal lalu tampal pada ketuat. Kemudian balut dengan plaster. Biarkan semalaman.
2. Keadaan ketuat selepas dua hari. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan menyapu Vaseline di sekeliling ketuat sebelum meletakkan cuka.
3. Hari ketiga cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua mungkin tiada rasa sakit sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi kita mungkin akan terasa sedikit pedih.
4. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel ketuat mula mati dimakan asid.
5. Keadaan ketuat yang sudah mati.
6. Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la tarik sikit demi sedikit atau biarkan ia tanggal sendiri.
7. Inilah rupa ketuat yang sudah tertanggal
8. Dah bersih dan tak sakit mata memandang jari jemari