Mudah Rupanya Buat Scone, Guna 3 Bahan Saja. Tak Perlu Pergi Cameron Highland Untuk Makan Ini

Share

Makan scone sambil menikmati suasana segar di Cameron Highland memang menyenangkan. Sebab itu sekali makan terus teringat-ingat.

Kalau tiada kesempatan untuk pergi atau tak mahu bersesak di sana waktu cuti sekolah ini bolehlah cuba buat sendiri scone. Sama sedap dan boleh buat banyak mana suka.  Caranya dikongsi oleh Mell Abdul Rahman.

Mudah rupanya buat scone, guna tiga bahan saja

Tak payah pegi Cameron Highlands dah. Kalau beli seketul RM5. Buat sendiri bahan mudah, modal tak banyak.

Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat senang dan mudah. Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula.

OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar segar
130g butter (lebih kurang 1/2 cawan)

INFO: Jenama terpulang, guna jenama ini sebab berada di Australia

Cara membuat:

1. Ayak sikit tepung biar dapat tekstur gebu gebas dan masukkan butter. Gaulkan dua bahan ini biar sampai jadi seperti serbuk roti.

2. Tuang secawan susu segar. Gaul lembut tak payah uli ya. Waktu ini kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam.

3. Sebatikan bersama penyek-penyekkan sikit dengan tangan.

4. Rehatkan doh dalam 10 minit.

5. Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya tidak melekat (kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit).

6. Leperkan doh (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil untuk nampak comel.

7. Susun atas dulang pembakar.

8. Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikit susu. Kacau sebati jangan sampai berbuih.

9. Sapu atas scone.

10. Panaskan oven dan bakar scone suhu 250 darjah selama 15 minit, saya suka garing. Kalau tak nak, kurangkan sikit suhu atau masa. Agak panas tapi cepat masak.

11. Sejukkan scone, kemudian potong tengah.

12. Letak jem strawberi atau whipped cream. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Mell Abdul Rahman

 

Published by
VK