Bila beli kuetiau ramai yang ada perasaan ragu tentang pembuatannya. Dari kilang mana, bersih atau tidak, halal ke? Logo halal ada tapi betul ke diiktiraf Jakim atau sekadar cetak untuk memperdaya pembeli Muslim.
Sekiranya ada perasaan macam ini, alternatif selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.
Jika nak cuba boleh ikut perkongsian dari Fiza Mh ini. Dah mahir, macam hidangan kuetiau boleh buat dari kuetiau sup, kungfu, ladna dan banyak lagi.
Bahan diperlukan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan air
Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus
Cara membuat:
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.
Siap!
TIP
Selamat mencuba!
Sumber: Fiza Mh