Makanan Jepun, takoyaki ini memang ramai peminatnya. Tapi nak beli selalu pun kena berkira juga sebab harganya boleh tahan, RM10 untuk 10 biji.
Kalau dalam famili ramai yang suka makan maka elok sangat kalau kita buat sendiri. Boleh guna acuan yang ada di rumah asalkan dapat bulat bentuknya. Atau pun beli saja acuannya supaya senang membuatnya bila-bila masa.
Cara nak membuatnya pun tak susah sangat. Ikut perkongsian Fuzi Omar
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 kiub ayam
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Kobis bulat dihiris halus
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak pada setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
4. Taburkan sayur pilihan.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis minyak dari masa ke masa di celah-celah acuan.
9. Masak sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
Dah siap takoyaki tuang:
Sumber; Fuzi Omar
Boleh beli acuan takoyaki di SINI