Asam pedas ada banyak versi, tapi yang ini cara Pantai Timur. Ada juga yang panggil singgang pedas.
Tak perlu tumis cuma rebus saja. Nak senang boleh ikut stail ini ya, sesuai juga untuk yang sedang diet. Caranya dikongsi oleh Nurul Afidah Catalyst.
Ore Kelate panggil asam pedas atau singgang pedas. Guna ikan kerisi segar, memang sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh.
Cara masak pun mudah dan kejap saja, anak anak pun suka. Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Sedar sedar habis sepuyuk nasi.
Bahan bahan
Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
Bawang besar 1 biji *
Bawang putih 2 ulas *
Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit) *
Lengkuas 1/4 inci *
3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh) *
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
Daun kesum
Bunga kantan belah dua
Bendi
Garam & serbuk perasa
Cara membuat:
1. Kisar bahan bertanda * dengan air
2. Masukkan bahan dikisar dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serius mudah.
Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan keringg, aduh…
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Afidah Catalyst.