Bagi yang baru nak cuba bercucuk tanam, bayam antara yang boleh ditanam. Ia mudah, tak perlu semai dan alih anak benih. Boleh terus saja tanam atas tanah, pasu atau polibeg.
Kalau nak tanam tepi rumah pun boleh, walau tanah tak berapa luas. Caranya boleh ikut panduan berikut;
1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.
Ads
2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.
3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.
Ads
4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.
5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.
Ads
6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.
Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.
Macam tak percaya pulak kabinet dapur macam ini boleh buat sendiri. Hakikatnya memang boleh kalau ada sedikit kemahiran, mampu ukur saiz yang tepat, ada keberanian dan masa.
Berbekalkan semua inilah Azman Man membina kabinet dapur ini untuk isterinya yang teringin memilikinya. Bagi yang nak cuba perkara sama, perkongsian daripada Azman Man ini boleh jadi panduan.
Kalau upah kontraktor harga 5 angka
DIY Kabinet dapur sendiri. Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design ini bila dia tengok dekat Swiss masa bercuti.
Semua laci kat dalam nampak simple tapi tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Jadi beranikan diri buat sendiri.
Pergi Ikea tengok sampel kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Buat sorang-sorang.
Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang barang kecil saya agak dalam RM2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180.
Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard( harga RM95/pcs + siap potong RM25).
Semua pintu kabinet saya guna Arcylic 1mm, RM 60/pcs (guna 6 pcs / 4×6 kaki). Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 (10 meter).
Itu saja kos yg besar yang lain harga murah-murah saja (saya tak kira berapa)
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.
Kalau ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
Cara buat ayam goreng berempah
Bahan-bahan:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara membuat:
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
Wanita memang suka kalau masuk barangan plastik untuk penyimpanan. Bekas plastik pelbagai warna, saiz dan harga yang murah pula buat kita mudah membelinya. Memang berguna pun di rumah.