Daun ketumbar antara yang selalu kita guna dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau dijadikan tanaman di rumah.
Malah cara penanaman juga mudah. Ketumbar beli yang timbang kilo di pasar raya pun boleh kita jadikan benih.
Inilah cara yang dipraktikkan oleh Ahalinda Darjan untuk menanam pokok ketumbar di rumahnya. Elok saja suburnya.
Step by step tanam pokok ketumbar
Bagi yang nak mencuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh beliau.
1. Pilih biji ketumbar warna cerah dan nampak masih baru supaya senang nak bercambah. Kalau pilih yang warna dah agak gelap atau kelabu peratus untuk hidup susah.
Ads
2. Rendam satu sudu makan biji ketumbar semalaman supaya lembut dan mudah pecah nanti.
3. Setelah rendam semalaman tabur saja dalam pasu. Tak perlu kambus pun. Kemudian siram air agar tanah sentiasa lembap.
Ini hari ke 4 setelah ditabur ke dalam pasu dan nampak benih pokok ketumbar naik.
Ads
Ini usia benih pokok ketumbar usia seminggu.
4. Selepas besar macam ni boleh lah pindahkan ke bekas lain. Disebabkan ruangan saya terhad di balkoni saja maka saya biar benih ‘bersesak-sesak’ dalam satu pasu.
Senang bila nak guna, tinggal petik saja.
5. Bila tak petik pokok akan membesar, daun jadi halus kemudian berbunga dan jadi biji ketumbar.
Ads
6. Inilah biji ketumbar. Bila pokok dan tua ia berbunga dan jadi biji ketumbar. Kalau rajin boleh tunggu biji kering. Boleh ambil dan tanam semula.
Tip penanaman
Medium yang digunakan adalah tanah hitam yang dicampur dengan sedikit cocopeat sikit.
Pembajaan pula saya ada guna baja biji NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja AB. Kadang kadang siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan. Siraman setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab letak di balkoni.
Penjagaan sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Cuma tak panjang usia (mungkin juga sebab saya selalu guna).
Hari ini ramai yang mengadu harga sayur makin mahal. Ada yang harganya naik sampai dua kali ganda. Bagi yang memang tanam sendiri sayur memang dapat jimat belanja waktu ini.
Tapi belum terlambat kalau kita nak mula bercucuk tanam. Kalau ada hasrat nak buat boleh mulakan dengan tanam sayur yang paling senang iaitu sawi.
Jika baru nak belajar boleh ikut saja langkah demi langkah penanaman sayur ini yang dikongsi oleh Siti Zubaidah. Ada ruang sedikit pun dah boleh tanam di rumah.
Aturan tanam sawi
1. Semai biji benih (boleh buat lubang 0.5 cm dan masukkan biji benih, seeloknya ada penjarakan supaya mudah untuk pindakan nanti). Saya letak terus di tempat kena cahaya matahari supaya senang bila nak ubah kerana pokok dah dibiasakan kena cahaya dari awal.
2. Selepas 10 hari ( anak pokok dah ada 3-4 helai daun) ubah anak pokok dari tempat semaian. Ubah waktu petang dan selepas ubah terus siram. Medium digunakan tanah sawit hitam dan tanah merah, tiada sukatan campur saja.
3. Selepas 10 hari, letak baja (saya guna baja Milagro).
4. Seminggu kemudian gembur tanah timbus bawah pangkal anak sawi supaya tidak tumbang.
5. Teruskan siraman pagi dan petang. Waktu siram pagi antara 9 pagi hingga 10.00 pagi. Petang antara 4.00 – 5.00 petang.
6. Selepas lebih kurang sebulan sawi dah boleh dituai.
Dalam sesebuah kediaman selalunya ada satu bilik yang ruangnya agak kecil. Memang akan ada masalah untuk susun dan letak barang dalam bilik ini.
Kadang-kadang letak satu katil pun dah penuh hingga tiada ruang untuk solat atau letak almari.
Kalau berdepan dengan bilik kecil begini mungkin boleh gunakan idea DIY katil lipat perkongsian Hito Kiri.
DIY katil lipat untuk bilik yang kecil
Dengan modal RM560 rasanya ia memang lebih jimat berbanding beli atau upah orang untuk menyiapkannya. Kalau nak cuba DIY boleh ikut perkongsian beliau ini.
Mula-mula kena ada lakaran katil secara keseluruhan dulu, untuk dapatkan gambaran. Kemudian boleh mula dengan buat frame.
Katil ini guna material finger joint board, plywood dan kayu pine (recycled dari pallet).
Guna engsel kerusi bot seperti dalam gambar di kiri dan kanan katil.
Untuk bahagian kaki, sementara guna ini.
Bagai keselamatan buat sementara saya pakai bolt kiri kanan untuk locking.
Hasil DIY
Untuk penerangan lengkap DIY katil lipat/ murphy bed dari Hito Kiri boleh tonton video ini.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Selalu daun kari dijual dalam jumlah yang agak banyak. Kita nak pakai sikit saja dan biasanya lebihan daun ini terbiar saja sampai kering. Rugi pula rasanya.
Supaya tak membazir jika ada daun kari dalam jumlah yang banyak boleh simpan ikut tip yang dikongsi oleh Cik Rain ini. Daun kari yang disimpan dengan cara ini boleh tahan berbulan-bulan. Jangan bimbang aroma dan rasanya tetap kekal. Nak juga cara yang sama untuk simpan daun lain seperti limau purut, atau daun kesum.
Tip simpan daun kari supaya tahan lama
Caranya;
Ambil daun kari dan bilas dengan air untuk bersihkannya.
2. Kemudian lap daun ini menggunakan tisu dan balut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Simpan dalam peti sejuk.
3. Biarkan daun kari ini dalam peti sejuk selama seminggu kemudian buka. Waktu ini daun dah cukup kering. Bolehlah masukkan daun ini dalam botol kaca dan tutup ketat.
4. Warna daun kari ini akan kekal hijau dan jika nak guna dalam masakan boleh terus masukkan. Ia akan kembali jadi macam daun segar dan bau kari masih lagi harum.
Info: Ada yang keringkan daun kari dengan cara menjemur di bawah cahaya matahari tapi cara ini akan buatkan daun jadi warna coklat macam daun kering.