Daun ketumbar antara yang selalu kita guna dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau dijadikan tanaman di rumah.

Malah cara penanaman juga mudah. Ketumbar beli yang timbang kilo di pasar raya pun boleh kita jadikan benih.

Inilah cara yang dipraktikkan oleh Ahalinda Darjan untuk menanam pokok ketumbar di rumahnya. Elok saja suburnya.

Step by step tanam pokok ketumbar

Bagi yang nak mencuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh beliau.

1. Pilih biji ketumbar warna cerah dan nampak masih baru supaya senang nak bercambah. Kalau pilih yang warna dah agak gelap atau kelabu peratus untuk hidup susah.

IKLAN

2. Rendam satu sudu makan biji ketumbar semalaman supaya lembut dan mudah pecah nanti.

3. Setelah rendam semalaman tabur saja dalam pasu. Tak perlu kambus pun. Kemudian siram air agar tanah sentiasa lembap.

Ini hari ke 4 setelah ditabur ke dalam pasu dan nampak benih pokok ketumbar naik.

Ini usia benih pokok ketumbar usia seminggu.

4. Selepas besar macam ni boleh lah pindahkan ke bekas lain. Disebabkan ruangan saya terhad di balkoni saja maka saya biar benih ‘bersesak-sesak’ dalam satu pasu.

Senang bila nak guna, tinggal petik saja.

5. Bila tak petik pokok akan membesar, daun jadi halus kemudian berbunga dan jadi biji ketumbar.

6. Inilah biji ketumbar. Bila pokok dan tua ia berbunga dan jadi biji ketumbar. Kalau rajin boleh tunggu biji kering. Boleh ambil dan tanam semula.

Tip penanaman

  • Medium yang digunakan adalah tanah hitam yang dicampur dengan sedikit cocopeat sikit.
  • Pembajaan pula saya ada guna baja biji NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja AB. Kadang kadang siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan. Siraman setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
  • Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab letak di balkoni.
  • Penjagaan sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Cuma tak panjang usia (mungkin juga sebab saya selalu guna).

Sumber: Ahalinda Darjan

Artikel berkait:

Kenapa Ada Orang Bau Daun Ketumbar Wangi & Ada Kata Busuk Macam Bau Kumbang

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, 2 Minggu Dah Merimbun. Tak Perlu Baja Pun