Mudahnya Buat Sendiri Langsir ‘Table Top’ Tutup Bawah Sinki. Tak Payah Tebuk, Guna Gam Pun Dah Nampak Kemas!

Share

Kekangan bajet menyebabkan ada yang tidak mampu membuat kabinet sempurna untuk menutupi bahagian bawah dapur atau sinki.

Jangan risau kerana cara mudah dan lebih menjimatkan dengan hanya membuat langsir table top tanpa menebuk lubang.

Perkongsian dari Syuki Cuki ini memberitahu caranya hanya menggunakan gam sahaja dan hasilnya dapur kelihatan kemas, praktikal dan cantik.

Cara DIY Langsir Table Top

Bahan / Peralatan Yang Diperlukan
– Kain langsir
– Velcro tape
– Gam Dunlop

Langkah-Langkah:

1. Ukur
Mula-mula kena ukur dululah berapa ketinggian dan panjang table top tu. Sebelum pergi kedai nanti, pastikan sudah ada ukuran. Kalau nak buat jenis ropol-ropol, lebihkan sedikit panjang kain. Kalau nak buat yang jenis straight saja, barulah beli kain itu betul-betul ikut ukuran.

2. Beli Kain Langsir
Terpulanglah mahu jenis kain macam mana untuk dibuat langsir. Ada yang minat kain jersi, kain cotton atau apa-apa jenis kain. Kalau nak nampak beralun, pilihlah kain yang lembut. Kalau boleh jahit sendiri, jahitlah sendiri atau beli jenis siap dan DIY mana yang boleh. Ada juga nampak orang guna shower curtain dan potong ikut ukuran table top. Kalau tak, upahlah siapa-siapa yang boleh jahitkan.

Beli kain langsir bersesuaian.

3. Velcro Tape
Barang seterusnya yang kita nak guna ialah velcro tape. Bagi yang tak tahu mana nak dapat velcro tape ni, boleh cari dekat kedai barang jahitan, kedai barang pengantin, Nagoya atau yang sewaktu dengannya. Atau beli di Nagoya, harga untuk 1 meter baru RM2.50. Lebarnya ikutlah kesesuaian. Jangan ambil yang terlalu halus sebab takut tak kuat nak tampung berat kain langsirnya nanti.

Velcro tape ini ada 2 sides – sebelahnya kasar dan sebelah lagi lembut. Yang lembut itu jahitkan pada kain. Yang kasar untuk kita tampal dekat table top nanti.

Gunakan velcro tape.

4. Gam Dunlop
Gam ini kita gunakan untuk lekat velcro tape sebelah yang kasar itu pada table top. Insya-Allah boleh menampung berat kain. Gam Dunlop boleh dibeli di kedai hardware. Beli yang paling kecil sebab nak pakai sikit saja.

Beli dikedai hardware.

5. Tunggu Gam Kering
Apabila sudah dilekatkan, tunggu kejap gam bagi betul-betul kering. Tekan-tekan sikit dengan benda berat supaya tape
itu betul-betul kukuh. Kemudian bolehlah ambil kain langsir dan lekatkan pada table top.

Hasilnya!
Memang praktikal kalau guna velcro tape berbanding jenis ring atau dawai. Selain nampak lebih kemas, nanti nak cuci pun mudah. Boleh tanggalkan dan terus masukkan dalam mesin basuh. Lepas itu boleh pasang balik dengan cepat dan senang.

Hasilnya kemas & cantik.

Artikel berkait:

DIY Mudah Rod Langsir Eyelet Guna Batang PVC, Modal Cuma RM50

DIY Langsir Ruang Bawang Sinki Untuk Dapur Belum Ada Kabinet

Published by
Siti Zurina Mat Saman