Minat setiap orang itu berbeza-beza. Ada yang suka berkebun dan juga yang kreatif membuat DIY mudah seperti kabinet TV.
Sebenarnya tidak perlukan modal yang banyak untuk buat sendiri rak TV kerana dengan hanya bajet RM500, anda mampu memilikinya.
Bagi yang mahu DIY kabinat TV tanpa cat, apa kata boleh cuba perkongsian dari Ray Didek dari page Kelab Kaki D.I.Y dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
1. Plywood 18mm = 1 unit (4ft x 8ft)
2. Plywood 12mm = 1 unit (4ft x 8ft)
3. Wallpaper (Black) = 1 unit (5m)
4. Wallpaper (White) = 1 unit (5m)
5. Wallpaper (Walnut Wood) = 1 unit (<5m)
6. Hardwood (1inch x 6inch) = 1 unit 12ft (belah jadi 1inch x 3 inch)
7. Chasing (White) 2 inch = 1 unit
1. Buat lakaran kabinet mengikut design kesukaan sendiri atas kertas.
2. Potong papan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
3. Lekatan papan tadi pada dinding mengunakan skru simen (guna skru panjang 3 inchi). Pastikan tebuk dinding dulu sebelum masukan skru.
4. Pasangkan chasing untuk menyimpan cable nanti.
5. Potong plywood 18mm untuk kabinet mengikut ukuran yang ditetapkan (potong guna circular saw).
6. Haluskan plywood tadi mengunakan kertas pasir (guna orbit sander).
7. Potong & Lekatkan wallpaper pada plywood (lebihkan sikit ukuran wallpaper dari ukuran plywood).
Nota: Ini contoh wallpaper saiz 60cm x 5m. Beli di Shopee.
8. Potong plywood 12mm mengikut ukuran yang ditetapkan. Plywood digunakan untuk back ground cabinet.
9. Lekatkan laminated plywood 3mm warna putih pada plywood 12mm tadi menggunakan gam kayu (jenis CA).
10. Selepas kering, pasangkan plywood tadi pada dinding. Cantumkan pada papan di dinding tadi menggunakan skru.
11. Pasangkan L-shaped bracket pada kabinet dan pasangkan kabinet pada dinding (cantumkan dengan plywood 12mm yang dah dibalut dengan laminated plywood).
12. Tutup laluan cable menggunakan plywood 12mm yang telah dipotong.
13. Proses tambahan untuk sembunyikan skru.
14. Buat ukuran tebal muat-muat untuk pasang LED eyeball downlight lebih kurang 3-4 cm tebal.
15. Pasangkan TV Bracket, 3 pin Socket & LED eyeballs down lights.
16. Pasangkan pintu kabinet (guna plywood 18mm untuk pintu kabinet).
17. Bahagian tambahan. Floating rack.
Nota: Buat begini untuk sembunyikan skru.
Nota: Ini door hinge yang digunakan. Beli di kedai hardware
.Nota: Ini Magnetic Catches yang digunakan. Beli di kedai hardware.
Nota: Ini L-Shaped bracket yang digunakan beli di DIY.
22. Hasilnya setelah semuanya siap dipasang.
Nota tambahan: Tambah satu lagi 3 pin plug untuk sembunyikan cable TV. Gunakan sekali ada port USB sebab mahu pasang LED strip light yang menggunakan USB.
23. Pasang di bahagian belakang TV begini.
Artikel berkait: