
Untuk dapatkan tubuh badan kurus langsing ketika ini ada banyak jenis diet yang boleh diikuti. Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar.
Ha…sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.
Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
5. Air putih dan hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi tetap susah nak kurus juga ya.
Sumber: www.boldsky.com
Prihatin Masalah Kewangan Student Nak Join Training Kurus, Coach Ini Berikan 10 Tip Berkesan Untuk Pelajar Turunkan Berat Badan

Bukan semua orang mampu untuk menyertai sesi latihan dengan ada jurulatih peribadi. Apatah lagi golongan pelajar. Dengan bajet kewangan terhad, namun hendak cuba mengamalkan diet dengan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar.
Menyedari kekangan golongan pelajar, jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa telah memberikan 10 tip diet paling berkesan untuk golongan pelajar melalui instagramnya.
TIPS DIET UNTUK STUDENTS. TIPS NO 9 PALING BERKESAN SEKALI!
.
“Saya students takde duit nak register yuran program coaching tapi saya nak kurus.. boleh bagi tips tak?”
.
Nahhh 10 tips terus saya bagi! ? Saya dulu mula diet untuk turunkan 12kg pun masa saya masih lagi seorang student tau. So saya faham sangat masalah students ni. Cuba follow 10 tips ni dulu.. amalkan secara konsisten.. insyaAllah ada hasil yang bagus nanti ??
.
Jangan lupa tag kawan2 korang ajak dorang sama2 diet nak turun berat sekali. Takde la nanti dia asyik ajak korang makan megi je malam2 atau ajak study group sambil makan biskut cicah milo ?
.
Kalau nak tau, setiap bulan mesti akan ada je peserta yang join coaching program #getfitnowonline ni di kalangan student. Dan setiap musim pun mesti ada student yang akan berjaya jadi top biggest losers dalam group. Congrats adik2!!! You can do it kalau buang semua excuse kan? ?♥️
.
#studentmalaysia #uitmdihatiku #uitmshahalam #uitmpuncakalam #uiabest #uiagombak #uiakuantan #universitimalaya #studentipta #kolejmara #studentslife #instafamous #instafamousmalaysia #sayanakkurus #dietcepat#kuruscepat #turun5kgsebulan #turun10kg #jomkurus #onlinecoaching #coachkurus #coachkurusonline #coachturunberat #mealplan #ukm #uitmpuncakalam #deanslist #medicstudent #engineeringstudents
A post shared by Team Get Fit Now Online MY (@coachfatinnajwa) on
10 Tip Diet Untuk Student
1.Banyakkan naik tangga. Jangan naik lif. Banyakkan berjalan. Senaman paling simple.
2.Sediakan healthy snacks yang simple dan tak perlu masak seperti roti, wholemeal & peanut butter tanpa gula @ kekacang roasted @ epal. Elak snack biskut cicah milo.
3.Jangan makan maggi. Jenuh nak kurus kalau selalu makan maggi tau.
4.Sediakan botol air 2L dan bawa ke kelas untuk senang nak minum air kosong.
5.Jangan suka tido lambat. Nak study ke, nak buat keje ke, better bangun pagi dari tido lambat. Tido lambat buat susah turun berat.
6.Jangan dating kat kedai makan. Sama-sama makan banyak, terlebih bahagia, dua-dua gemok #mohonclash
7.Pastikan ada penimbang berat sendiri. Mudah keep track berat weekly. Penimbang public / tukar-tukar penimbang, bacaan tak tepat.
8.Jangan tinggal snacking pagi & petang. Nanti korang lapar, end up makan banyak. Jangan snackkeropok lekor atau kuih-kuih. Refer tip no 2.
9.Cari kawan yang nak turun berat gak & ajak dia exercise dan diet sama-sama. Lagi senang diet bila ada member diet sekali.
10.Tag kawan-kawan kat post ni untuk ajak dorang diet nak kurus sekali. Lagi cepat kurus kalau korang & kawan korang follow tip kat ig @coachfatinnajwa
Sumber: Coach Fatin Najwa
Rahsia Ibu Anak 4 Kekal Kurus, Hari-hari Bawa Bekal Ke Pejabat

Isi Kandungan
Toggle
Rasa teruja menatap gambar bekalan yang dibawa setiap hari oleh wanita ini ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi apabila tahu inilah dia kekal langsing walau sudah ada empat anak.
Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.
Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil).
Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh. Jom ikuti perkongsian Haryati.
Kenyang ke makan banyak tu?
Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habis sebab kekenyangan.
Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?
Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan. Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan.
Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?
Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.
Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?
Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.
Jom tengok bekal yang dibawa
Amacam? Korang boleh ikut gaya diet macam ni?
Sumber: Instagram Haryati How
Dulu Pernah Gemuk, Wanita Ini Kongsi 7 Sebab Diet Macam Nak Rak Tapi Berat Tak Turun

Isi Kandungan
Toggle
Stres tak bila diet macam nak rak tapi berat kekal juga pada angka yang sama. Naik tidak, turun tidak.
Jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa pernah berbadan gemuk suatu ketika dahulu. Dia memahami keadaan diet orang gemuk yang ada kalanya tidak sabar untuk kurus.
Fatin mendedahkan ada 7 sebab mengapa berat badan anda tetap statik walau sudah puas berdiet.
1️. Diet harian tinggi garam
Garam ialah antara punca utama water retention. Ataupun nama famous dia “gemok air”. Bukan sebab minum air banyak tapi banyak ambil agen water retention ni. Jaga-jaga ya. Punca selulit juga ni!
2️. Gagal buang air besar hari-hari
Makan hari2 tapi tak buang air besar hari2. So ke mana nak dibuang hasil sisa makanan yang dah dihadam tu? Buat koleksi dalam badan. Biasanya situasi ni disebabkan kurang ambil fiber & kurang minum air kosong bila diet.
3️. Tengah datang bulan
Yes berat akan naik sedikit tapi takde la sampai 3-4kg. Jangan jadikan alasan period berat naik banyak ya.
4️. Timbang waktu lain-lain
Last week sebelum subuh dah timbang. Minggu ni waktu malam pulak lepas makan dinner dengan family. Takkan sama ❌!
5️. Karbo tak salah untuk diambil dalam diet
Tapi portion kena jaga. Kalau ambil berlebihan susah nak turun berat.
6️. On medications
Akan slow kan penurunan berat sedikit. Sebab tu kena aim untuk sihat dulu. Kalau sakit, macam-macam cabaran nak turun berat nanti.
7️. Setiap hari nak timbang berat
Bangun tido timbang, lepas mandi timbang, sebelum makan timbang, lepas makan timbang, lepas senaman timbang, sebelum tido timbang. Jangan obses sangat dengan penimbang tu please!
Memang progress angka di penimbang ni penting. Tapi ianya bukanlah SEGALANYA. Banyak lagi progress yang korang boleh measure selain berat ni. Ukurlilit badan, saiz baju, stamina dan tenaga, skin complexion, etc. Keep calm & enjoy your journey. Ambil kira semua progress bukan berat je okay?
A post shared by Team Get Fit Now Online MY (@coachfatinnajwa) on
Sumber: Coach Fatin Najwa