Waktu PKP inilah kita boleh luangkan masa untuk bercucuk tanam. Tapi kalau tiada halaman atau tiada pengalaman bercucuk tanam boleh cuba tanam tauge dulu.
Sebab caranya mudah sangat. Sesuai jika untuk korang yang peminat tauge.
Cara nak tanam tauge ini dikongsi oleh Velvet Rossa
Bahan yg diperlukan
- Kacang hijau 2/3 genggam
- Tapis sayur
- 2 helai tuala kecik utk semaian taugeh
- Plastik hitam
- Baldi untuk letak tapis supaya air tak bertakung
Cara tanam
1. Rendam kacang hijau semalaman atau lapan jam. Alas tapis dengan kain atau tuala kecil kemudian tabur kacang di atasnya.
2. Tutup kacang dengan kain atau satu lagi tuala sebagai pemberat. Letak tapis atas baldi.
3. Masukkan dalam plastik hitam, kemudian simpan di tempat yg redup atau gelap.Contoh dalam kabinet bawah sinki. Jangan terdedah dgn cahaya nanti taugeh ‘melidi’.
4. Boleh juga semai 2/3 tingkat, jika nak banyak taugeh. Cuma semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dengan kain. Langkah yang sama.
Dah boleh tuai
Cara siraman
- Siram sehari 4 kali untuk dapat taugeh yg gemuk cukup air.
- Waktu siram tak perlu angkat kain penutup, siram terus atas kain tapi pastikan air tidak bertakung supaya taugeh tak membusuk.
- Buang air yang bertakung dalm baldi selepas tos.
Sumber: Velvet Rossa