Muka cantik tapi bila senyum gigi kuning. Spoil kan. Boleh jadi itu keadaan gigi korang sekarang kan.
Tahu tak ada cara mudah untuk menukar gigi yang kuning itu jadi putih dalam masa yang singkat atau lebih tepat lima minit saja.
Petua ini sangat berguna kalau korang ada interview atau nak jumpa klien penting supaya tampak bersih dan meyakinkan.
Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Fitriah Azman.
Kemain dia punya tajuk malam ni. Eh tapi betullah kan. Korang bayangkan, tak kira lah kita sebagai orang bisness ke sapa sapa, mesti level confident tu tiba tiba merudum kalau gigi nampak kuning. Betul tak?
Iyalah kan. Nak kepochi dengan customer mesti bukak mulut, nampak gigi. Jadi masa ni cuak kalau gigi kuning.
Jadi Kak El nak share la petua putihkan gigi dengan 2 bahan yang mudah didapati. Kak El dah cuba. Terbukti keberkesananyaa ok! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.
Bahan bahan
Soda bikarbonat
Perahan lemon
Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Gaul rata larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Penting!
Selamat mencuba !
Sumber: Fitriah Azman
Artikel Berkaitan:5 Cara Hapuskan Plak Gigi Guna Bahan Dari Dapur Saja