Muka Putih Tapi Siku, Lutut, Ketiak Hitam! 5 Petua Semula Jadi Ini Boleh Cerahkannya Kembali

Share

 

Walaupun sudah dibersihkan tapi bahagian ketiak, siku, lutut dan leher selalu menjadi hitam hingga rasa segan pula kalau didedahkan. Lagi pula kalau berbeza sangat dengan kulit wajah yang putih.

Jika sudah menggunakan skrub dan losyen tapi masih tak jalan, tetap juga hitam tiba masa anda beralih pada petua tradisional ini.

1. Lidah buaya

Lidah buaya sudah lama dikenali sebagai tumbuhan ajaib yang boleh merawat pelbagai masalah kulit termasuklah memutihkan bahagian kulit hitam. Caranya, ambil lendir lidah buaya kemudian sapukan pada bahagian kulit hitam. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air. Lakukan setiap hari.

2. Kentang

Ramai tak tahu ubi kentang mengandungi zat catecholase yang berkesan untuk mencerahkan kulit yang gelap. Sapukan kentang yang dicincang halus pada bahagian terbabit kemudian biarkan selama 15 minit, sebelum dibilas.

3. Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C untuk mencerahkan kulit dan menanggalkan kulit mati, sebab itu ia jadi salah satu petua untuk memutihkan kulit.  Sapukan lemon atau jusnya pada bahagian siku dan lutut atau ketiak. Selepas 20 minit, bilas dengan air suam dan sapukan losyen.

4. Gula pasir

Gula pasir memang selalu digunakan untuk tujuan skrub. Ia boleh menghilangkan sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit nampak bersih!

Caranya, campurkan gula pasir dengan sedikit minyak zaitun ataupun minyak kelapa dara sehingga menjadi pes. Sapu dan gosokkan gula pasir pada bahagian kulit yang hitam.

Bilas dengan air sejuk, selepas itu gosok selama 5 minit untuk menghilangkan sel kulit mati. Lakukan sekali seminggu.

Susu tepung

Asid laktosa yang terdapat dalam susu turut berfungsi untuk mencerahkan kulit. Caranya campurkan 1 sudu susu tepung bersama dengan 2 sudu tepung biasa dan sedikit air sehingga menjadi pes. Sapukan pada ketiak, biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Boldsky

Published by
VK