Musim hujan ini ubi kayu pun banyak dan murah jadi apa kata kita buat hidangan berasaskan bahan ini. Salah satu yang sedap dimakan adalah getuk ubi kayu. Cicah dengan sambal kicap, gula atau sambal semuanya sedap.
Biasa kuih getuk ubi kayu ini kita beli kan, kali ini kita buat sendiri pulak. Caranya dikongsi oleh Shahmila Radha
.1 cawan tepung beras
2 Sudu tepung jagung
Garam setengah sudu teh
Gula – ikut cita rasa
Air – secukupnya
Ubi kayu (rebus dan lenyekkan)
3 senduk besar kelapa parut
3-4 sudu Besar gula pasir
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
2. Seterusnya bahan ubi disatukan dan gaul semua sampai sebati. Adunan ini memang lembut.
3. Gula pasir boleh letak ikut selera masing-masing. Kalau suka manis lebihkan.
4. Taburkan tepung gandum atas dulang supaya tak melekat. Bentuk adunan jadi bebola macam dalam gambar. Panaskan minyak, celup dengan adunan tepung tadi dan goreng guna api sederhana.
5. Angkat bila dan kekuningan. Tos dan boleh dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber: Shahmila Radha