Serangga perosak ini bersaiz kecil tetapi mampu memusnahkan pelbagai barangan rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Untuk menghapuskannya selain menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, kita juga boleh melakukan dengan cara membuat sendiri bahan pembasmi.
Hanya gunakan dua campuran iaitu minyak tanah dan garam kasar, cara ini bukan saja berkesan tetapi juga menjimatkan kos.
Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan haiwan kecil ini tidak akan kembali lagi.
Buat Sendiri Pembasmi Anai-Anai
Bahan-bahan – 2 kg minyak tanah – 2 kg garam kasar
Cara membuat:
1. Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas- guna tin thiner) dan biarkan semalaman. 2. Keesokan harinya barulah mulakan operasi semburan untuk membasmi anai-anai.
Penggunaan
1. Seeloknya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan. 2. Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang supaya anai-anai bawa masuk dalam sarang.
3. Guna botol tebuk penutupnya dan lebihan garam ditaburkan. Ini saya buat pada kayu bawah rumah yang diratah anai anai. 4. Untuk anai anak atas tanah mungkin kena sembur lebih kerap, memandangkan untuk bahagian kayu yang dimakan anai anai pun perlu sembur 3 kali baru menjadi.