Semua ibu bapa mahukan anak-anak bijak terutama dalam pelajaran. Selain daripada menyediakan pendidikan terbaik untuk mereka, sebenarnya pemakanan juga memainkan peranan untuk membantu perkembangan otak anak agar lebih bijak.

Menurut Dr Mazliana Mazlan antara tip pemakanan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu adalah dengan memastikan anak makan ikan 2 kali seminggu. Apa kaitan ikan dengan otak anak bijak. Ini penjelasan daripada beliau.

Biasakan anak makan ikan 2 kali seminggu

Nak Anak Bijak, Beri Mereka Makan Ikan 2 Kali Seminggu! Paling Bagus Hirup Kuah Singgang

Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

Ads

60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Ads

Buat singgang lagi bagus

Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Ads
Nak Anak Bijak, Beri Mereka Makan Ikan 2 Kali Seminggu! Paling Bagus Hirup Kuah Singgang
Foto: Facebook Mohamad Budiman via Masak Apa Hari Ini

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Sumber: Mazliana Mazlan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI