Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Share

Ramai yang tanam pokok jambu madu di kawasan rumah atau kebun. Ini kerana cara penanaman dan penjagaannya agak mudah. Ia boleh ditanam melalui keratan ranting saja.

Cuma yang membezakan adalah buah yang dihasilkan. Semestinya kita mahu hasil buah pokok jambu madu yang ditanam ini manis dan sedap, bukan sekadar manis biasa-biasa saja. Dapat pula warnanya yang merah menyala cantik, lagi puas hati.

Bagi menghasilkan buah jambu madu yang sebegini, ada tip yang perlu dipraktikkan. Dikongsi oleh Pyan Sempoi ini panduannya.

Tip dapatkan hasil jambu madu yang terbaik

Musim panas ni buah jambu madu Red Taiwan sangat sedap dan manis. Warna pun merah cantik. Sengaja petik awal sebab tak sabar nak rasa. Sepatutnya tunggu bulu pada buah jadi hitam barulah dipetik. Ini tanda buah betul-betul matang dan lebih manis.

Tip untuk dapatkan hasil jambu madu atau air yang terbaik;

1. Kena kurang atau jarangkan buah dalam satu tangkai. Jangan biar terlalu banyak dalam satu tangkai. Kemudian buah ini perlu dibungkus.

2. Bila buah jambu dah besar kena kurangkan air sewaktu siraman. Tapi jangan terlalu kurang sampai pokok layu. Siram cukup-cukup saja.

3. Beri baja tinggi nilai K
Baja tinggi K (kalium) ini adalah untuk dapatkan buah yang berkualiti.

4. Tabur atau sembur epsom salt atau garam bukit atau baja kalsium magnesium. Garam epsom berfungsi menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoi

Published by
VK