
Pengisar atau blender di dapur kita selalunya akan berwarna kuning. Kesan daripada kekerapan mengisar kunyit, bawang dan juga cili.
Kesan kuning ini memang melekat dan takkan hilang walau disental dengan sabun. Jika nak hilangkan memang kena guna cara lain. Salah satunya dikongsi oleh Norhasbul Md Noor.
Cara bersihkan kesan kuning pada pengisar
- Sediakan bahan berikiut;
1 genggam beras
2 biji limau nipis
Sedikit air
2. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam pengisar bersama dengan sedikit saja air. Kemudian kisar beberapa minit bahan tadi.
3. Kemudian tuang bahan yang dikisar ke dalam bekas lain dan bilas pengisar.
4. Hasilnya kesan kuning yang melekat pada pengisar hilang. Jika masih ada baki kesan kuning boleh lakukan sekali lagi boleh memastikan ia bersih.
Selamat mencuba.
Sumber: Norhasbul Md Noor.
Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Isi Kandungan
Toggle
Seronok tengok hasil tanaman wanita ini. Bukan main gemuk dan lebar lagi sayuran baik sawi, kailan, pak choy, sawi giant, kesum dan macam-macam lagi sayur yang ditanam sekitar rumahnya.
Menariknya tanaman yang diusahakan Yna White ini naik subur tanpa langsung menggunakan bahan kimia atau baja. Memang 100 peratus organik. Beliau juga turut berkongsi tip hasil sayurnya yang gemuk dan lebar.
Tak guna baja
- Tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia. Hanya gunakan tanah hitam sawit asli tanpa campuran.
- Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat jadi saya tambahkan pasir supaya tanah tak padat dan peroi. Cara ini akar pun boleh bekerja dengan baik.
- Tanah hitam ini dah berbaja, sekali sekala saya siram pokok-pokok dengn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan atau ayam.
2. Tip daun sayur elok tanpa serangan perosak
Racun serangga saya DIY sendiri. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Saya kongsikan ramuan di sini.
Cara buat racun serangga
Bahan-bahannya nasi basi, air, satu labu bawang putih (tak perlu kupas) dan 1 paket kecil Ajinomoto.
Cara membuatnya
- Ambil 1 botol mineral besar air dan masukkan nasi basi tadi ke dalamnya. Ramas-ramas nasi basi dengan air, lagi pekat lagi bagus.
- Kemudian masukkan dalam blender bersama dengan bawang putih dan Ajinomoto. Kisar.
- Kemudian tapis dan simpan dalam botol, jika nak tahan lama simpan dalam peti sejuk.
Cara penggunaan
- Masukkan sedikit pati dalam botol spray, tambah air paip kemudian goncang. Sembur selalu pada pokok-pokok.
- InsyaAllah selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
- Waktu yang sesuai untuk sembur adalah selepas siraman waktu pagi. Pastikan siram dulu baru spray.
- Siram pokok 2 kali sehari dan selalu buang daun-daun pokok yang tak sihat dan sakit.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Yna White
Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur

Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu dialih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Tip dan petua ini dikongsi oleh netizen dari Facebook Kebun D Rumah
Cara Masak Nasi Tomato Super Senang. Bahan Tak Banyak Tapi Tetap Sedap

Isi Kandungan
ToggleNasi tomato selalu kita nikmati bila ada majlis tapi apa salahnya jika dihidangkan pada hari biasa untuk keluarga terutama pada waktu cuti.
Menu nasi tomato perkongsian Cik Puan Sarah antara yang boleh kita cuba sebab resipinya cukup ringkas, guna beras biasa saja.
Bahan dan cara buat nasi tomato
2 sudu mentega
2 sudu minyak masak
1 sudu tomato puree
3 sekawan(bunga lawang,kayu manis,pelaga)
Bwg besar potong dadu(1 biji)
Halia potong halus2
Bwg putih potong halus
Daun pandan
Serbuk secukup rasa
Susu cair
- Panaskan minyak dan mentega
2. Dah panas tumis 3 sekawan, halia, bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan sos cili, sos tomato, tomata puri, serbuk perasa.
4. Letak sekali daun pandan, jangan upa pewarna kuning telur satu atau dua sudu. Kacau sampai begini.
5. Bahan tumis tadi masukkan dalam nasi.
6. Nasi masak macam biasa. Bila dah nak kering tuang susu cair sikit. Kalau dah masak nasi rasa mentah, ambik satu mug isi air penuh buat lubang dalam nasi. Letak mug dalam nasi, tekan cook. Nasi akan elok lembut.
7. Dah masak nasi tomato
Bahan dan cara masak ayam masak merah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Bwg merah,bwng putih
Halia
3 sekawan
Kiub ayam
Cili kering
- Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Kisar cili rebus tadi.
2. Lumur ayam dengan kunyit dan garam sikit. Goreng setengah masak.
3. Panaskan minyak, guna minyak goreng ayam tadi. Tumis 3 skawan
4. Masuk bahan kisar, tumis hingga wangi. Masukkan cili, biar sekejap.
5. Masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram.
6. Masukkan kiub ayam, gula, garam (saya tak pakai Ajinomoto sebab kiub dah ada)
7. Masukkan ayam tadi. Kacau rata dan biar sampai pecah minyak.
8. Dah pecah minyak
Dah boleh hidang.
Boleh hidang dengan nasi tomato yang dah siap tadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Sarah