Hidangan nasi ayam kalau tiada sambalnya memang takkan terasa sedapnya. Sambal nasi ayam atau dipanggil juga sambal cuka ini ini perlu cukup ‘power’ rasa pedas seimbang dengan manis, masin dan masamnya.
Nak hasilkan sambal sebegini haruslah ada caranya. Dikongsi oleh Rohim Ismail, ini resipi sambal nasi ayam yang sedap untuk dicuba. Selain itu katanya sambal ini juga boleh digunakan untuk hidangan lain, nak cicah-cicah pun boleh.
Resipi sambal nasi ayam yang sedap dan tahan lama
Bahan-bahan
10 biji cili besar
1- 2 labu bawang putih
4 inci halia muda
Cuka
Garam
Gula
Cara membuatnya
1. Satukan cili, bawang putih dan halia mudah yang sudah dikikis kulit dalam mesin pengisar.
2. Masukkan cuka sehingga separuh dari bahan-bahan di atas. Kemudian kisar.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kisar lagi hingga hancur atau ikut citarasa. Boleh hancur lumat atau separuh lumat.
5. Kemudian boleh simpan dalam bekas di dalam peti sejuk. Sambal ini tak dicampur dengan air supaya tahan lama. Rasanya seperti sambal nasi ayam The Chicken Rice Shop.
Kredit resipi : Rohim Ismail
Foto nasi ayam: Rafiza Idayu