Selain langsing ketinggian bak model adalah bentuk tubuh yang diidamkan wanita. Tapi tak semua kita memilikinya.
Ada yang langsing tapi rendah dan ada juga yang rendah, berisi pula. Nak tinggi memang takkan boleh kalau usia dah mencecah 20 tahun. Jadi salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah membentuk ilusi kaki yang lebih panjang. Macam mana nak buat? Tipnya mudah saja.
Ads
Lipat sikit bahagian hujung
Bila memakai seluar jeans terutama yang mengikut bentuk kaki, lipat sedikit bahagian hujungnya seperti di atas.
Pastikan anda tidak mengenakan seluar yang labuh meleret, hingga menutup tumit.
Pilih seluar yang berwarna gelap.
Jika anda selesa, ‘tuck in baju’ anda kerana baju yang labuh menutup sebahagian kaki dan menampakkan anda lebih rendah.
Kasut warna biar senada dengan kulit
Selain itu pastikan anda mengenakan kasut yang sesuai, dan ia tak semestikan kasut yang bertumit.
Ads
Ini adalah kombinasi jenis jeans/seluar dan kasut yang sesuai untuk anda pakai.
Ads
Tip ekstra
Pilih kasut yang hampir sama dengan tona kulit terutama jika mengenakan skirt untuk membentuk ilusi kaki lebih panjang.
Banyakkan koleksi kasut stiletto atau runcing di bahagian depan.
Elak pakai kasut dengan tali yang bersilang-silang dengan bahagian buku lali. Ia akan menyebabkan anda nampak lebih pendek kerana kesan gangguan di bahagian kaki.
Lauk sotong ini memang sedap, buatlah apa-apa hidangan pun. Baik buat sambal, kari, bakar, kerabu memang akan licin. Berbaloi beli walaupun harganya mahal.
Cumanya beli nak masak sotong ramai yang merungut dah beli sotong besar tapi waktu masak jadi kecut. Kecik je jadinya, kalau beli sotong saiz kecil apatah lagi.
Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.
Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.
2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.
3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya maintain tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecik je jadinya.
Hujung minggu ini rasanya ramai yang dah mula buat biskut raya. Selain dari guna resipi yang betul sukatannya, ada lagi faktor yang perlu diketahui supaya biskut raya yang dibuat menjadi dengan elok dan sedap, ranggup, tak kembang atau leper.
Berikut adalah tip yang perlu kita praktikkan sewaktu membuat biskut raya yang dikongsi oleh baker berpengalaman.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan.
Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’.
Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Selain beli baja, kumpul sisa dapur rupanya ada cara lagi senang untuk melebat buah dan pokok bunga.
Cuma guna serbuk perasa Ajinomoto. Kalau ada pokok bunga atau pokok buah yang malu-malu untuk berbuah boleh guna cara ini.
Menurut Sifudurian yang menggunakan kaedah ini hasil baja Ajinomoto, mangga yang sebelum ini segan nak berbuah kini dah mabuk berbunga.
Antara khasiat MSG untuk tanaman adalah dapat menambah kesuburan pokok, daun lebih hijau, buah menjadi lebat dan berbuah besar.
Selain itu, kandungan unsur atrium pada MSG Ajinomoto mampu mempercepat pertumbuhan pokok, bunga, tingkatkan nutrisi tanaman serta tanaman lebih sihat dan menguatkan antibodi pokok.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...