Jenama tepung Lili ini selalu kita beli untuk kegunaan buat kuih, kek dan sebagainya. Tapi ada juga yang mengalami masalah bila guna tepung ini buat kuih tak menjadi pulak. Tak tahu salah di mana.
Antara sebabnya adalah salah pilih tepung. Sebenarnya ramai yang tak perasan, walau pun kedua-dua jenama sama dan keduanya adalah tepung gandum tapi fungsinya berbeza ikut warna pek. Perasan tak ada warna hijau dan biru.
Perkara ini dikongsi oleh guru masakan, Mr Roti dalam satu perkongsian beliau. Ujarnya kegunaan tepung jenama ini berbeza mengikut warna pek atau kemasan.
1. Pek hijau
Tepung dalam bungkusan warna hijau adalah all purpose flour. Ia sesuai untuk buat mee, roti, pasta, pancake ( kadar protein sedang) ada campuran bahan lain.
2. Pek biru
Manakala tepung dalam kemasan warna biru pula (wheat flour) adalah tepung gandum tanpa campuran lain. Sesuai untuk buat kuih muih.
Kalau guna yang hijau untuk beberapa jenis kuih, akan lembik dan melekat. Dan kalau guna yang biru untuk buat roti pulak, nanti roti kita tak lembut, sebab tak ada campuran gluten dalam tepung biru tu.
Tepung dalam bungkusan biru itu juga adalah subsidi kerajaan (tak eksport ke luar, harganya di bawah kawalan kerajaan). Sebab itu harga pek yang hijau lebih mahal.
Tepung Cap Ros & Red Rose tak sama
Satu lagi yang ramai selalu keliru adalah antara tepung gandum Cap Ros dengan
tepung jenama Red Rose.
Biasanya bakeri tak jual jenama Ros tu. Kebanyakan yang dijual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung Red Rose.
Tepung Red Rose ini adalah tepung khas untu membuat biskut yang mana biskut akan menjadi lebih ringan dan rangup
Info: Dapur Kak Zu
Semoga bermanfaat
Sumber: Mr Roti