Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!
Cara Cegah nasi goreng beracun!
- Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
- Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
- Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
- Jika panaskan, pastikan sehingga ada keluar wap
- Elakkan memanaskan nasi lebih dari 1 kali
Sumber: Public Health Malaysia
Cara Buat Stew Ayam Kuah Pekat Sedap Dihirup. Nampak Macam Sup Tapi Bukan
Nampak macam sup ayam tapi bukan. Yang ini adalah stew ayam bersama kentang dan lobak. Kalau dah biasa buat sup ayam boleh cuba buat hidangan stew ini pula.
Berbanding sup, stew ayam ini lebih pekat kerana turut dimasukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Stew ini boleh masukkan sekali kentang dan lobak, jadi makan satu lauk ini saja dah cukup lengkap.
Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eryn TJ
Cara buat stew ayam dengan kentang dan lobak
Bahan-bahan
1 ekor ayam -potong kecil
3 biji ubi kentang -potong empat
1 biji lobak merah -potong empat
1 biji bawang holland -hiris nipis
4 ulas bawang putih -diketuk
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 tangkai daun bawang -hiris
2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama 4 sudu besar air)
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
1 kiub stok ayam
Cara memasak :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.
2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap air dan gaul rata bersama ayam.
3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air biar ayam, ubi kentang tenggelam dan kiub ayam.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa, serbuk lada putih & serbuk lada hitam tumbuk dan renehkan di api kecil selama 30 minit hingga ayam, kentang & lobak masak.
5. Masukkan air jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.
Selamat mencuba.
Sumber: Eryn TJ
Kalau Telefon Dah Penuh Dengan Gambar Sampai Lembap Boleh Ikut Langkah Ini
Hampir setiap hari kita akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Disebab itu storage telefon kita penuh dengan gambar.
Ada masa telefon pun jadi lembap kerana memory full. Nak delete sayang, satu lagi kalau nak delete satu satu pun makan masa.
Bagi korang yang ada problem begini boleh guna Google Photo untuk simpan atau back up semua gambar yang ada dalam telefon.
Cara back up gambar dalam phone
Langkahnya dikongsi oleh HaziqHissham melalui akaun Twitter miliknya.
Memory card full dengan gambar ? Makan masa nak delete satu persatu? Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan secara ‘cloud’ dalam satu apps yang bernama Google Photo. Kalau ada yang berminat nak tau boleh scroll thread kat bawah.
1. Kalau kita seseorang yang rajin nak check storage balance dalam phone, itu bermakna kita seorang yang pandai jaga phone. Tapi ada orang yang malas nak check, bila nak snap je gambar MEMORY FULL atau lagi worst phone jadi lembab sebab memory dah full.
2. Buka Play Store dan install Google Photo apps ini dalam phone. Elok check phone dulu sbb ada yang latest android yang siap-siap pre-install masa purchase. Kalau takda itu tandanya perlu download sendiri. Lepas download click open.
3. Bukak Google Photo dan make sure anda sign in ke gmail account yang sama phone anda gunakan. Email yang sama akan mudahkan process synchronize segala detail yang Google inginkan.
4. Ini adalah interface Google Photo, kebiasaannya apps ni akan dapat detect terus semua gambar dan video yang kita snap gunakan camera phone. So, xperlu buat apa-apa just biar Google Photo back-up semua gambar dan video yang ada. Gambar akan tersusun ikut tarikh diambil.
5. Setiap gambar yang di back-up dalam Google Photo adalah version High Quality bukan raw image. Jika anda jenis yang x kisah apa-apa gambar pun asalkan cantik dan clear, abaikan jer apa itu raw semua tu. So kalau kita upload raw image, storage akan limited kepada 15 GB sahaja.
6. Sekiranya kita pilih untuk upload High Quality image, storage yang disediakan oleh Google adalah unlimited. So, beribu-ribu gambar yang dibackup pun tiada masalah.
7. Dalam ruangan settings ada disediakan option untuk capture Google Location dimana ianya akan tambahkan fungsi pencarian gambar mengikut lokasi. Jika kita jenis yang suka snap-snap pastu terlupa kat mana tempat tu boleh je turn on features ni.
8. Google Photo akn susun semua koleksi gambar yg kita ada mengikut tempat tertentu. Boleh buka ruangan Album > Places. Selain places, Google juga boleh susun koleksi gambar mengikut objek, makanan dan muka. So boleh check lah muka siapa yg paling banyak appear dlm phone kita.
9. Di sini adalah features paling menarik. Apabila settings ini di aktifkan, Google Photo akan automatically delete semua gambar dan video yg sudah dibackup dari phone. Maka semua file gambar dan video kita telah selamat disimpan secara cloud.
10. Features tambahan, kita boleh add orang lain (seperti family @ pasangan) untuk kita berkongsi gambar yang telah dibackup dalam Google Photo. Features tersebut boleh diaktifkan dalam ruangan Add Partner Account.
Selamat mencuba!
Sumber : HaziqHissham
Kalau nak survey telefon baru https://bit.ly/2Y9Cjt1
Buat Tip Ini Jika Tercekik Tulang Bukan Makan Gumpal Nasi & Pisang! Boleh Buat Masalah Makin Serius
Tengah sedap makan ikan terasa ada pula benda menyucuk waktu menelan. Sah tercekik tulang.
Ada kes sampai hampir seminggu tulang tidak keluar. Sebenarnya jangan biarkan masalah tercekik tulang ini berlarutan dengan hanya amal petua makan gumpalan nasi atau pisang. Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah tercekik jadi makan serius.
Jadi apa cara terbaik untuk hilangkan masalah tercekik tulang ini? Perkongsian dari NH ENT Specialist boleh jadi panduan.
Apa perlu buat jika tercekik tulang
Selama 15 Tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini,saya kongsikan TIP kalau anda atau ahli keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke…Sama saja tipnya…
1. Jangan Panik
Okay, bila tercekik;
– Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun.
– Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
– Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera.
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang hilang sendiri.
Sebab tulang takkan akan hilang. Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala…tercekik tulang sahaja, tak nak lah! Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak:
-Perlu lakukan x-ray
-Kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
-Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai… boleh sambung makan balik. InsyaAllah.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak
Sumber: NH ENT Specialist