Tip nasi impit lambat basi ini berguna waktu sekarang maklumlah hidangan nasi ini wajib ada ketika raya kerana ia dimakan dengan pelbagai lauk antaranya rendang, kuah kacang, lontong, soto dan sebagainya.

Sayang pula jika dah masak banyak nasi impit basi pula, baru sehari esok dah berlendir. Supaya tak membazir terutama jika memasak nasi impit dalam kuantiti yang banyak boleh gunakan tip dikongsi oleh Zaty.

Tip masak nasi impit elak cepat basi dan berlendir

Nasi Impit Lambat Basi, Tahan Lebih Seminggu. Masak Guna Cara Ini

1. Masak nasi impit seperti biasa hingga masak.

Ads

2. Selepas masak terus angkat dan tos seketika.

3. Kemudian terus lalukan atau bilas nasi impit dengan air paip atau air bertapis. Seterusnya tos hingga kering airnya.

Ads

4. Selepas betul betul sejuk baru potong. Cara ini nasi impit akan tahan pada suhu bilik selama dua hari.

Kalau nak tahan lebih seminggu, guna cara ini

Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi tip lain di ruang komen untuk mengelakkan nasi impit cepat basi. Antaranya seperti berikut;

Ads
  • Ganti air waktu masak

Sewaktu masak nasi impit ganti air beberapa kali. Contonya jika masak selama 4 jam tukar air rebusan empat kali selain letak daun pandan dan garam.
Cara ini nasi boleh tahan seminggu tanpa simpan dalam peti ais. Boleh juga kukus nasi impit ini selepas empat hari.

  • Rendam lama

Selepas nasi impit masak, rendam lebih lama agar lambat basi. Kemudian tos, simpan nasi impit yang tak mahu digunakan lagi alam peti ais. Sebelum dihidangkan, kukus dulu dan biarkan sejuk. Cara ini nasi impit boleh tahan hingga seminggu lebih.

Selamat mencuba.

Baca Lagi: Teknik Rebus Nasi Impit Cepat Masak, Cuma 30 Minit. Jimat Gas & Masa

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI