Nasi putih lebihan kenduri atau majlis selalunya kita panaskan untuk makan keesokan hari ataupun digoreng saja untuk makan pagi. Tapi selain dua cara ini, ramai tak tahu lebihan nasi putih dari kenduri ini boleh juga diolah menjadi bubur.
Caranya dikongsi oleh Nurul Afidah Omar , dan boleh kita praktikkan kalau terlebih masak nasi putih.
Cara olah lebihan nasi jadi bubur
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih… sayangnya. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah pada orang masjid. Alhamdulillah dapat siapkan, bubur ayam Mekdah. Saya kongsikan resipi bubur ini ya.
Bahan-bahan:
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang lobak merah – potong kecil-kecil atau parut 10 kiub ayam
Garam – secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari – dihiris halus
Ads
Cara membuat:
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dah dicarik, bawang dan halia.
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
Ads
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah.
Ads
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ketika merebus pastikan periuk ditutup .
Biasanya bila beli ayam untuk masak, kita bersihkan letak dalam satu bekas dan terus simpan dalam freezer peti sejuk.
Bila simpan begini waktu nak masak cepat kena rendam semua ayam walhal yang nak digunakan cuma 5 ketul saja. Bila berulang kali buat begini, ayam pun mudah rosak.
Cara simpan ayam dalam freezer supaya mudah lerai, tak perlu rendam semua
Untuk senangkan kerja, ayam beku mudah dilerai dan tak perlu rendam semua boleh guna tip yang dikongsi oleh Rose Affi ini.
Caranya kena simpan ikut cara ini;
1. Basuh ayam, dan toskan
2. Sediakan kertas minyak atau kertas pembungkus nasi yang selalu digunakan oleh peniaga dan juga bekas yang sesuai.
3. Ambil kertas minyak lipat dua. Pastikan bahagian plastik di atas. Kemudian alas bahagian bawah bekas, dan susun ayam satu persatu atas kertas tadi. Jangan tindan supaya ayam tak melekat bila dah beku.
4. Boleh buat beberapa lapisan dalam satu bekas besar jadi tak perlu guna banyak bekas.
5. Cara ini ayam takkan melekat dan mudah dileraikan. Cuma ambil kuantiti ayam yang diperlukan untuk masakan dan tak perlu rendam semua ayam.
Boleh juga tonton video step by step yang dikongsi.
Ramai yang idamkan dapur yang cantik, kemas dan luas. Meski ada keinginan tapi faktor bajet selalu jadi halangan.
Namun begitu nak dapatkan dapur yang teratur, kemas tak semestinya perlu modal yang besar. Boleh tiru cara Raja Nurhazwani yang melakukan makeover dapur kediaman ibunya. Bajetnya tak sampai pun RM800. Sesuai sangat kan!
Dapur sebelum makeover
Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet
Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.Itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :
4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
Storage (RM80 @ Ecoshop)
TOTAL : RM 740.30
Dapur sebelum & selepas makeover
Inilah hasilnya
Meja untuk letak barang ditukar pada yang lebih ringkas
Tempat letak barang khusus diadakan supaya kemas
Bahagian singki & tingkap berubah wajah
Dapur memasak
Selepas guna wallpaper brick pvc terus nampak beza
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...