Nenas Adalah Superfood, Makan Empulurnya Lagi Banyak Khasiat. Kalau Boleh Ambillah Setiap Hari

Share

Kalau biasa kita gunakan nenas untuk dimasukkan dalam masakan, selepas baca perkongsian DrRizal Abu Bakar ini rasanya lebih elok kita memakannya secara segar dan jadikan ia amalan setiap hari.

Rupanya ada banyak sangat manfaat buah nenas yang masam manis rasanya ini. Kebaikannya adalah hampir untuk keseluruhan tubuh badan kita.

Berikut adalah perkongsian beliau tentang kebaikan buah nenas yang boleh membuka mata kita semua.

Nenas adalah superfood

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain antara bahan turunkan berat badan

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Anti stres, makan sebelum balik rumah

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

INFO

Kalau makan nenas makan sekali bahagian empulurnya, kerana di situlah letaknya khasiat bromelain.

Enzin ini sangat kaya dengan kompnen anti-radang (anti inflammatory). Ia sangat baik untuk rawatan semula jadi beberapa jenis penyakit antaranya batuk.

Jus nenas terutama bahagian empulur mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk.

Sumber: DrRizal Abu Bakar & Pa&Ma

 

Published by
VK