Majlis menandatanganj Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Nu Ideaktiv Sdn
Bhd dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd telah diadakan hari ini bertempat di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv di sini.
Syarikat diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu,menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Ads
Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.
Ads
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
Ads
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
Bagi pelajar, guru atau mereka yang kerap perlu menaip kembali teks dalam buku sekarang ada cara untuk memudahkan kerja anda.
Dah tak perlu taip lagi ayat-ayat dalam buku yang panjang lebar itu, apa yang perlu cuma muat naik saja apps Google Lens untuk menyalin kembali teks ini.
Perkara yang sama juga boleh dibuat kalau anda mahu menyalin info dalam majalah atau poster.
Langkahnya adalah seperti di bawah.
1. Muat naik apps Google Lens dari Playstore
2. Buka apps Google Lens
3. Halakan kamera ke arah teks buku yang ingin disalin. Biarkan seketika sehingga teks tersebut dihighlightkan. Pastikan helaian berada dalam keadaan rata dan tidak melengkung.
4. Tekan button capture setelah semua teks yg diperlukan telah dihighlightkan.
5. Select teks yang ingin disalin. Tekan Copy text di bahagian bawah.
6. Buka note pad, Google Doc atau Mics Word kemudian tekan ‘paste’
7. Dah siap!
Senang saja kan. Mudahlah kerja cikgu-cikgu dan pelajar lepas ni.
Nikmat sungguh kalau makan buah rock melon yang manis dan sejuk. Makan pulak waktu tengah hari, memang sesuai.
Kalau suka bercucuk tanam, boleh jadikan rock melon ini sebahagian dari tanaman di rumah. Caranya boleh ikut Mazlan Burhanudin yang menggunakan polibeg saja untuk menanam buah ini.
Pertama kali tanam, tak sangka manis
Benih rock melon saya beli di Giant. Semai 2 benih dalam satu polibeg kecil. Siram air dan letak tempat teduh, pastikan tanam sentiasa lembap.
2. Bila dah bercambah, pokok dan keluarkan 5 helai daun barulah dialih dalam polibeg atau pasu. Saya guna tanah yg jual di nursery. 5 in 1, campur lebih kurang 30% tanah bakar.
3. Sokong batang pokok dengan lidi atau apa-apa sebab waktu awal batang pokok amat rapuh & mudah patah.
4. Supaya ada pengaliran udara, bawah polibeg saya sendal dengan 3 penyendal pasu. Sebab lantai rumah panas, takut kesan pada akar & air cepat kering.
5. Bila dah berbuah saya guna baja yang spray direct pada daun.
6. Kalau tanam komersial, mereka buat pendebungaan sendiri. Yang saya semula jadi, semut tolong. Boleh tengok nanti semut kecik hurung bunganya.
7.Pokok ini jenis menjalar jadi kena sediakan penyokong seperti jaring supaya boleh menjalar.
8. Bila dah mula berbuah, kena ikat sebab buahnya berat.
TIP
Tanda buah rock melon yang cukup matang apabila daun pada buah dah kering dan pokoknya pun dah layu
Ketika ini nama N. Thabalan jadi sebutan di bibir peminat bola sepak tanah air selepas tandukan golnya membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 untuk bertemu Thailand esok.
Tapi selain jaringan emasnya ketika bertemu dengan Indonesia itu, turut jadi perhatian adalah gaya jambangnya yang nampak stailo.
Namun di sebalik ketangkasan dan perhatian yang diberikan kepada penyerang Harimau Muda ini ramai yang tak tahu ada kisah sedih yang dilalui.
Bagaimana ketika ini pemain berusia 22 tahun ini menjaga bapanya yang uzur dan tak sanggup pergi jauh dari keluarganya.
Perkara ini dikongsi oleh seorang peminat Buffalo Souljah dalam satu status di Facebook.
Kisah ini turut disahkan oleh Thanabalan dan kisah mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya terharu dengan apa yang dilalui dan kagum dengan sikapnya.
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...