OPR Naik Lagi, Kalau Ada Hutang Dengan Bank Ini Perkara Penting Yang Perlu Kita Lakukan

Share

(KEMASKINI) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik kepada 2.75 peratus dengan kenaikan mata asas sebanyak 25.

Keputusan itu dibuat oleh  Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam. Ini adalah kenaikan kali keempat untuk tahun ini. Sebelum ini pada bulan September lalu BNM mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika itu adalah 2.50 peratus.

Ramai yang merungut bila mendengar perkhabaran ini kerana tahu jika berhutang dengan bank sudah pasti ada kesan kenaikan. Tapi selain rungutan apa sebenarnya yang perlu kita lakukan bila OPR ini naik kerana ada kemungkinan ia akan terus naik.

Perkongsian daripada konsultan kewangan Afyan Mat Rawi ini boleh dijadikan panduan.

OPR naik lagi!

Ada hutang bank? Perkara paling penting untuk anda lakukan ialah semak kadar ansuran terkini.
Kadar ansuran sama ada akan:
(1) Meningkat dengan kekalkan tempoh, atau
(2) Kekal tapi tempoh lebih panjang

Susulan posting di atas, ramai ada yang bertanyakan soalan; Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekali gus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.

1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau
2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.
Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti;
– Hutang ASB
– Hutang perumahan
– Sesetengah hutang kereta
– Sesetengah hutang personal financing

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti
– Hutang “personal financing” / “personal loan”
– Hutang kereta
– Sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA
(Hutang PTPTN, hutang perabot, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata “kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik.”
Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Hutang dengan perbankan Islam tidak menjejaskan jumlah

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!

Semoga bermanfaat

Sumber: Afyan Mat Rawi

Published by
VK