Sejak dari awal penularan wabak Covic 19 di Malaysia kita semua diberi penerangan secukupnya tentang langkah pencegahan serta simptom-simptom penyakit ini.
Pun begitu apa yang menakutkan adalah mereka yang dijangkiti Covic 19 ini boleh saja tidak menunjukkan apa-apa simptom dijangkiti. Demikian perkongsian Ammar Zahar apabila beliau berkesempatan bertemu dengan doktor untuk rawatan beberapa hari lalu.
Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa -jumpa orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Dr.
Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan kat sini..
Q: Macam mana nak tau sakit saya ni Corona virus atau sakit biasa?
A: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.
Q: Apa simptom2 kalau saya kena Covid-19 ni?
A: Coronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh serang beransur2 dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas).
Q: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?
A: Ada. Kerana Coronavirus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Coronavirus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Coronavirus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.
Q: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?
A: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangkahayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.
Q: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.
A: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.
Q: Apa nasihat Dr kepada saya?
A: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.
Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.
Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.
Sumber: Ammar Zahar