Ramai yang memakai tudung tapi jika diperhatikan ada sebahagian daripada kita menutup bahagian bawah dagu manakala ada juga yang tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut.
Jadi sebenarnya bagaimana? Adakah bawah dagu wanita sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup? Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus berkait kemusykilan ini.
Menurut beliau dalam satu siri ceramah tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
Ads
Memandangkan tidak ada sempadan tentang wajah dengan tepat maka ulamak memberi pandangan berdasarkan sandaran-sandaran.
Ada dua pandangan tentang aurat bawah dagu:
Pandangan pertama, kalau bertentangan muka, maka setakat mana yang nampak itulah bahagian wajah. Bahagian yang tidak nampak adalah aurat. Bawah dagu tak nampak jadi ia adalah aurat.
Ads
Pandangan kedua, sekiranya mahu mengetahui bahagian wajah, pakai tudung di bahagian muka dan lihat di mana ia melekat. Ia akan dipakai hingga ke bawah dagu. Maka bahagian dagu yang lebih dan kelihatan itu dimaafkan pada syarak.
Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar aalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
Bergelar selebriti memanglah penampilan kena nampak cantik dan sedap mata memandang. Senang kata, selebriti ni dah dianggap bagai hal masayarakat. Setiap apa yang dipakai dan digayakan menarik perhatian.
Pun begitu, bagi pengacara, Uyaina Arshad, cantik itu subjektif. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan menjaga badan dan kulit wajah mengikut cara tersendiri sebagaimana ibu dan adik-beradiknya.
Detoks cuka epal
Uyaina menyatakan bahawa dia berketurunan Arab. Justeru badannya mudah naik jika terlebih makan dan kurang bersenam. Salah satu cara untuk memastikan perut tidak buncit selain melawaskan pembuangan, Uyaina mengamalkan cuka epal. Uyaina minum cuka epal 1 sudu besar setiap pagi ketika perut kosong.
Selain itu, untuk memastikan badan kekal langsing, Uyaina mengehadkan pengambilan nasi. Dalam seminggu dia hanya makan nasi dua atau tiga kali sahaja. Selebihnya dia makan sesuatu yang mengenyangkan selain nasi misalnya roti.
“Saya tak boleh hari-hari makan nasi. Saya ni keturunan Arab jadi memang badan mudah sangat nak naik. Kena hati-hati. Selain itu, saya juga bersenam. Selalunya lari atas treadmill selama 30 minit hingga sejam. Tu memang kena buatlah nak jaga badan dan juga stamina.”
Minum air sayur
Nak tahu apa rahsia kulit Uyaina yang licin macam telur kena kupas ni? Kata Uyaina, dia selalu minum air tomato, lobak merah dan timun yang dikisar halus.
“Lepas kisar semua sayur tu, saya masukkan sikit stevia. Jangan bubuh gula pula. Minum air sayur ni membuatkan kulit lebih lembap dan berseri. Kalau ikut emak saya, mak suka yang pahit macam daun betik. Minum air rebusan daun betik pun bagus untuk cantik dan sihat,” katanya.
Basuh mekap bersih-bersih
Disebabkan selalu tampil di kaca televisyen dan penggambaran lain, wajah Uyaina selalu dikenakan mekap. Mengakui bahawa penggunaan alat mekap dalam masa panjang boleh menjejaskan kulit namun Uyaina berkongsi panduan yang dilakukan supaya kulit wajah kekal cantik.
“Perkara utama yang saya amalkan ialah jangan sesekali tidur tanpa bersihkan mekap. Kena basuh bersih-bersih semua solekan barulah boleh tidur. Nak kulit sihat, saya pakai pelembap dan sun block. Dalam keluarga, saya seorang yang ada masalah kulit sensitif. Jadi saya kena lebih berhati-hati dan lebih suka gunakan bahan semula jadi untuk jaga kulit muka.”
Juara Puteri Muslimah Asia 2018
Pada Mei lalu, Uyaina telah menjadi juara untuk program Puteri Muslimah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Mewakili Malaysia, Uyaina menewaskan peserta dari Indonesia, Turki dan Brunei.
Sebagai wanita berhijab, sudah semestinya fesyen yang seksi tidak sesekali akan digayakan. Dia lebih selesa menggayakan pakai yang ringkas namun tetap nampak menawan.
“Pilihan saya ialah blaus yang labuh hingga ke lutut dan dipadankan dengan seluar. Itu memang gaya saya ketika keluar ke mana-mana. Senang dan selesa,” katanya menutup bicara.
Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walau pun tanpa mekap. Ini yang dikatakan cantik semula jadi.
Biasanya wanita yang punya kecantikkan ini punya lima ciri berikut. Jadi kalau anda ada kebanyakan dari ciri ini pada wajah, bolehlah nak perasan cantik.
1. Lesung pipit
Percaya atau tidak kebanyakan wanita yang memiliki lesung pipit di pipi adalah seorang cantik. Bukan itu saja dia juga kelihatan manis apatah lagi bila tersenyum. Tengok saja Wawa Zainal.
2. Bulu kening tebal
Sama seperti bulu mata lentik, ramai yang mahukan alis tebal hingga menggunakan celak agar tampak lebih gelap. Tak caya tengok Elfira Loy, dia cantikkan.
3. Dagu terbelah
Ini adalah satu kecacatan yang membuatkan seseorang itu nampak cantik. Sewaktu tersenyum pemilik dagu terbelah ini akan dilihat makin manis dan hensem bagi lelaki. Datuk Siti Nurhaliza salah seorang yang memiliki dagu sebegini.
4. Gigi tak tersusun
Tak sempurna tapi pemiliknya akan kelihatan cukup manis bila tersenyum. Malah mereka juga kelihatan lebih muda. Ingat tak penyanyi Mazuin Hamzah.
5. Bulu mata lentik
Sebab itulah ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu dan juga terciptanya maskara. Ia akan membuatkan wanita nampak cantik.
Minum air yang ditambah ketulan ais memang menyegarkan tapi ramai yang tak tahu ia juga akan beri kesan yang sama jika dioles pada kulit.
Selain memberi kesegaran ada banyak lagi kelebihan ais untuk kecantikan kulit wajah khususnya. Ia juga salah satu cara agar wajah kelihatan flawless dan berseri kerana ais yang dioles pada wajah akan melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Selain mengoles terus ketulan ais yang dibungkus dengan kain pada wajah anda juga boleh melakukan tiga langkah facial ais untuk merawat wajah.
1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk. 2. Tambah ketulan ais. 3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah anda dalam ais ini selama 10-3- saat. Lakukan sebanyak tiga kali.
Berikut adalah 5 lagi kelebihan ais selain memberi menyegarkan kulit wajah
1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat dalam pori-pori yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.
2. Kulit yang terbakar akibat selepas ke pantai boleh di redakan dengan ais. Rawatan facial ais Ia akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.
3. Amalan facial ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.
4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu touch up.
5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles air pada bahagian mata untuk mengurangkan bengkak dan menjadikan mata lebih segar dalam waktu yang singkat.
6. Mengoles ais yang dibungkus dengan kain mampu meredakan masalah jerawat yang dialami.