
Kebanyakan rumah sekarang menggunakan tandas duduk dan biasanya kita akan lihat ada dua butang untuk fungsi pam atau flush. Satu butang kecil dan satu lagi butang besar.
Selalu terjadi kita menekan kedua-dua butang sekali sewaktu urusan buang air kecil mahu pun besar. Jangan begitu! Nanti membazir air.
Agar kita semua faham tentang fungsi butang kecil dan besar ini, penjual barangan bilik air Jambanking dalam akaun TikTok beliau menjelas tentang fungsi dua butang ini.
Menurut beliau dua butang ini mengeluarkan kuantiti yang berbeza ketika ditekan.
– Butang kecil akan keluarkan separuh daripada air dalam tangki iaitu 3 liter air saja.
– Butang yang besar akan keluar 6 liter air.
– Jadi jika melakukan urusan buang air kecil, gunakan butang kecil ini saja. Jumlah air ini memadai untuk membersihkan apa yang patut.
– Manakala jika membuang air besar, tekanlah butang besar kerana air untuk pembersihan sepenuhnya.
– Jangan sesekali tekan dua-dua kerana butang akan cepat rosak selain berlaku pembaziran air.
Boleh juga tonton video beliau di TikTok
@jambanking_km Reply to @santadave29 fungsi jamban 2 button #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #jamban ♬ original sound Steve🚽👑 – JAMBAN KING
DIY Tisu Basah Untuk Bersihkan Rumah. Senang Sangat Rupanya!

Isi Kandungan
Toggle
Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini. Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.
Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.
Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.
Cara buat tisu basah untuk bayi
Bahan yang diperlukan:
- 1 gulung tisu dapur
- Bekas untuk letakkan tisu basah
- 1 sudu besar minyak kelapa untuk melembapkan dan merawat ruam
- 2 cawan air yang sudah dimasak- supaya tisu tak berkulat.
- 2 sudu besar cecair mandian bayi
- 1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. Kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau lagi.
3.Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan bayi.
Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:
Tisu basah untuk kegunaan dapur
Bahan yang diperlukan
- 1 gulung tisu dapur
- Bekas untuk meletak tisu basah
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan cuka putih
- Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.
4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.
Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:
Tip Mudah Bersihkan Kemuncup Yang Melekat Pada Pakaian

Anak keluar bermain petang-petang kemudian balik dengan seluar penuh melekat kemuncup. Ini memang boleh jadi salah satu punca kemarahan kaum mak-mak.
Kalau sikit tak jadi hal tapi kalau banyak sampai penuh kaki seluar memang akan jadi masalah. Nak cabut satu-satu memang leceh. Jika tak dicabut, memang seluar takkan selesa dipakai.
Disebabkan ini ada juga yang terus masukkan seluar yang penuh dengan kemuncup dalam tong sampah sebab tak sanggup nak cabut satu-satu.
Ikut trik ini!
Kalau berlaku lagi kejadian anak balik dengan seluar penuh kemuncup jangan buang sebaliknya ikut tip dikongsi oleh Nur Salina Mohtar yang memperoleh idea ini dari netizen selepas berkongsi masalahnya di media sosial.
1. Cara pertama boleh saja cabut satu-satu tapi kalau banyak cara ini akan ambil masa.
2. Boleh juga kikis guna pisau tapi cara ini sama, memakan masa sebab tak semua kemuncup akan tertanggal bila dikikis.
3. Ataupun boleh guna kaedah yang lebih mudah, guna sellotape saiz besar! Caranya ambil sellotape/tape kemudian lekatkan pada kaki seluar yang penuh dengan kemuncup. Selepas itu tarik, kemuncup akan melekat pada sellotape.
Cara ini lebih jimatkan masa daripada cabut satu-satu.
Selamat mencuba!
Orang Yang Dijangkiti Coronar Virus Boleh Jadi Tiada Simptom Langsung!

Isi Kandungan
Toggle
Sejak dari awal penularan wabak Covic 19 di Malaysia kita semua diberi penerangan secukupnya tentang langkah pencegahan serta simptom-simptom penyakit ini.
Pun begitu apa yang menakutkan adalah mereka yang dijangkiti Covic 19 ini boleh saja tidak menunjukkan apa-apa simptom dijangkiti. Demikian perkongsian Ammar Zahar apabila beliau berkesempatan bertemu dengan doktor untuk rawatan beberapa hari lalu.
Luar nampak sihat, dalam dia pembawa virus
Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa -jumpa orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Dr.
Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan kat sini..
Q: Macam mana nak tau sakit saya ni Corona virus atau sakit biasa?
A: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.
Q: Apa simptom2 kalau saya kena Covid-19 ni?
A: Coronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh serang beransur2 dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas).
Coronar virus boleh hidup di permukaan besi
Q: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?
A: Ada. Kerana Coronavirus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Coronavirus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Coronavirus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.
Q: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?
A: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangkahayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.
Q: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.
A: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.
Q: Apa nasihat Dr kepada saya?
A: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.
Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.
Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.
Sumber: Ammar Zahar