Ramai kalangan kita yang menggunakan kereta yang sudah lebih 10 tahun malah 15 tahun. Sepadan dengan usia, memang ada masanya kereta lama ini akan timbul masalah. Namun banyak juga kereta lebih sedekad ini masih elok dan boleh terus digunakan.
Cuma yang penting kepada pemilik kereta lama terutama yang lebih 15 tahun kena sensitif kepada ‘kelainan’ yang dirasai apabila memandu kereta. Demikian pesanan Fadil Mohd Yusof yang berkongsi cara beliau menjaga kereta berusia 23 tahun namun masih dalam keadaan baik.
“Memiliki kereta lama yang lebih 15 tahun, hati perlu kental dan pemilik perlu sensitif dengan sebarang “rasa yang lain” pada kereta. Kelisa saya buatan tahun 2001. Tahun ini sudah 23 tahun. Saya “lenjan” setiap hari,”ujar beliau.
Kata Fadil berikut adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian kepada pemilik kereta lama agar keadaan kenderaan ini dalam keadaan baik.
1) Radiator & radiator top cover
Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat dengan plastik. Setiap 3-4 tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik atas radiator.
Ads
Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah. Mujur hanya perlu lakukan “top overhaul”. Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin. Radiator juga perlu dicuci jika sudah nampak berkarat.
Foto Sinar Harian
2) Timing belt & air cond belt
Ia perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya 100,000 km. Jika kereta sudah 9-10 tahun dan batuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar. Jika putus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang tinggi.
3) Minyak power steering & minyak brek
Tukar setiap 5 tahun sekali atau bila minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair.
Ads
4) Sistem penghawa dingin
Buat full service 2 atau 3 tahun sekali.
5) Minyak gear box
Tukar setiap 40,000-80,000 km. Ikut saranan pengeluar. Jika tidak sampai batuan, tukar setiap 2@3 tahun sekali.
Ads
6) Insurans
Ini paling penting. Bila tiba masa perbaharui insurans, ambil pakej “unlimited towing”. Hanya perlu tambah dalam RM100 dari insurams asal. Bila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta kita akan rosak.
Dengan “unlimited towing”, kita tidak perlu risau bila kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta.
Masing-masing punya pilihan. Tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru.
Sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.
Cekodok atau jemput pisang memang hidangan sedap waktu petang atau pagi. Dapat pula yang manis pisangnya serta rangup di luar, tapi lembut di dalam.
Nak dapatkan hasil cekodok yang macam ini ada caranya, dan ia dikongsi oleh Akma Razali yang mendapat resipi cekodok pisang ini dari ibu mentuanya dan jadi kegemaran famili.
Katanya selain rangup di luar dan lembut di dalam, cekodok ini juga kekal lembut walau dah sejuk.
Tip cekodok pisang rangup di luar, lembut di dalam. Sejuk pun tetap lembut
Bahan-bahan:
16 biji pisang emas
3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai
2 sudu tepung goreng pisang Adabi (saya guna jenama lain sebab dah habis)
Secubit garam
Info: Saya tak letak gula sebab pisang dah manis, kalau nak letak pun boleh.
Cara membuat:
1. Kopek pisang kemudianya lenyek, hingga hancur kemudian tambah secubit garam. Guna cawan senang untuk lenyek.
2. Masukkan 3 senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng pisang. Saya tambahkan tepung ini sebab wangi. Kalau tiada guna tepung gandum 2 sudu.
3. Gaul bancuhan pisang dan tepung tadi. Guna tangan saja.
4. Untuk menggoreng dan dapatkan bentuk bulat. Basahkan tangan kemudian jemput kan bulat bancuhan pisang dan tepung tadi dan terus masuk dalam kuali yang sudah panas minyaknya.
-Bila minyak dah panas, kecilkan api dulu baru jemputkan cekodok.
-Jemput sampai penuh kuali, baru besarkan semula api tahap sederhana.
-Kacau cekodok 2-3 minit sekali supaya warnanya sekata.
Ramai yang semai biji benih pakai tabur saja terutama biji biji benih sawi, bayam atau pak choy atau kangkung.
Cara ini memang senang dan anak pokok pun naik elok saja. Tapi bila anak pokok dah naik atau bercambah ada perkara penting yang perlu kita buat supaya pokok membesar dengan elok tak mati.
Dikongsi oleh Harun Arun yang giat bercucuk tanam di sekitar rumah, anak pokok yang ditanam dengan cara tabur biji benih ini perlu dialihkan. Jika lewat akarnya akan bersimpul dan menyukarkan proses mengalih anak pokok.
Semai biji benih pakai tabur saja boleh tapi kena buat langkah ini
Alih sawi pakcoy Jepun, ini semai cara orang malas, main tabur saja dalam dalam kotak polisterin.
– Tip kalau semai cara begini bila anak pokok dah ada 2 helai daun nak kena pindah. Jangan biar lama dalam bekas semaian, nanti akarnya bersimpul sesama sendiri. Kalau jadi begini memang leceh, bila alih anak pokok akan tercedera & peluang hidup tak tinggi.
– Kalau dah besar begini boleh alih terus ke batas atau polibeg. Lepas alih wajib letak tempat tak kena langsung cahaya 2-3 hari. Pasang netting untuk lindung dari panas dan hujan. Ini kerana tanah pada akar dah terburai, pokok sedang stress.
– Seeloknya lepas alih spray dengan air yang dibancuh epsom salt untuk kurangkan stres pokok.
– Sebelum alih ke batas, gaul media dengan tinja ayam. Selepas 10 hari baru boleh alih anak pokok ke batas ini. Sebaiknya sediakan batas lebih awal.
-Tapi untuk situasi saya memandangkan batas baru prepare semalam, baru lepas gaul dengan tinja ayam, takut panas baja, jadi kena alih laa dulu dalam tray untuk sementara. Lagi 10 hari baru alih ke tanah.
Ramai yang pakai kereta jenis push to start button, tapi jadi masalah bila bateri remote habis atau ‘kong’ atau pun hampir ‘kong’.
Mesti gelabah sebab tak boleh nak hidupkan enjin kereta. Walau tekan berapa kali tak hidup juga.
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga masih ada yang belum tahu, jika bateri remote kong kita masih boleh menghidupkan enjin dengan mudah. Caranya dikongsi oleh Abang Recond dalam akaun TikTok miliknya.
Cara hidupkan enjin kereta push to start button jika bateri remote ‘kong’
Kalau kereta push to start button nak on tapi bateri nak kong, bila tekan tak boleh start. Ini cara untuk hidupkan enjin ya. Tiga langkah saja;
Ambil kunci dan letak di push to start button untuk scan.
2. Kereta akan automatik on.
3. Tekan brek dan tekan push to start button dan enjin boleh dihidupkan. Setel! Sebaiknya pergi terus ke kedai kunci untuk tukar bateri remote yang baru.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...