Bagi yang sedang merancang membeli kediaman info yang dikongsi oleh Fahimah Mahayudin berkenaan saiz rumah elok dijadikan panduan.
Ia bagi memastikan kita tidak tersilap memilih kediaman. Boleh jadi bila melihat saiz beratus-ratus kaki persegi dalam risalah atau mendengar penerangan pemaju kita sangka ia luas rupanya sangatlah kecil. Mungkin tidak sesuai untuk yang berkeluarga.
Berikut adala perkongsian beliau berdasarkan pengalaman dalam bidang pembinaan dan juga hartanah.
Bulan lepas, ada seorang pembeli ini cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh.
Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.
Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat satu kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat dua. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua.
Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan โsizeโ rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.
Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).
๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ / ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฑ
Intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar. Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)
-16ร60
-18ร60
-18ร70
-20ร60
-20ร65
-20ร70
-20ร75
-20ร80
-22ร70
-22ร75
-24ร70
๐ฆ๐ถ๐๐ฒ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ ๐ญ๐ฒ-๐ญ๐ด ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ : ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น.
Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.
๐ฆ๐ถ๐๐ฒ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ : S๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ.
20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.
๐ฆ๐ถ๐๐ฒ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐ฎ๐๐ฎ๐ : ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ.
Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai โsuperlinkโ. Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.
๐ฒ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต โ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ธ.
Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.
๐ฒ๐ฑ-๐ณ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ โ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ.
Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai suka. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
๐ณ๐ฑ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐ฎ๐๐ฎ๐ โ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด
Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.
Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan. Untuk rumah teres 2 tingkat
๐ญ๐ฑ๐ฌ๐ฌ๐๐พ๐ณ๐ ๐ธ๐ฒ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต โ ๐ธ๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น.
Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.
๐ญ๐ฑ๐ฑ๐ฌ๐๐พ๐ณ๐ โ ๐ญ๐ณ๐ฑ๐ฌ+ ๐๐พ๐ณ๐- ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ
Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan โjust niceโ. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.
๐ญ๐ด๐ฌ๐ฌ๐๐พ๐ณ๐ -๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐ฌ๐๐พ๐ณ๐++ โ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ
Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.
Semua ini dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah.
Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Fahimah Mahayudin